Sunday, April 29, 2012

AYAT MINTAK PERLINDUNGAN

Assalamualaikum....
saat kita mula menyadari akan semua silap kita akan berlaku perubahan dan perubahan yang kita pun tak sangka...kita rase kita tak berubah...tapi orang lain nampak kita berubah...lalu timbol soalan...kenapa kenapa kenapa...bunga tebiat nak mati ker... tapi hakikatnya itulah yang terjadi...kita sentiasa rase sesak nafas seolah2 oksigen kat badan kita kita kurang...pandangan kita mula kabur....hati sentiasa akan bergoncang... seolah kita ditegur oleh diri kita sendiri tentang kesilapan2 yang kita penah buat....

bagi aku la rase ini hebat....kita akan rase resah saat rase ini hilang...kita mencari2 kita mana harus aku mulai pencarian itu....kadang2 kita cukup selesa dengan apa yang kita ada kat sekeliling..so kita rase nak stick aje dengan apa yang kita dah ada konon pk kita akan lalui semua macam biase...tapi percayalah kita akan diuji... lalu datanglah cobaan2 yang kita sendiri tak sangka...tapi bersabarlah..kalo tak larat nak lalui diamlah seketika...hmmmm ayat yang paling best pada situasi ini adalah...



Hasbunallah wa ni’mal wakil bermaksud – Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung..

hmmm mungkin ayat ini mudah nak hapal kan..so hapal la...kalo time2 tedesak...hati gemuruh.....tersepitt..........waaaaaaaaa

kisah di sebalik ayat kat atas tue..... mungkin juga wat kita betambah2 yakin dengan ayat2 allah....

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim diletakkan di atas tunku api, Jibril bertanya kepada baginda – Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?’ Nabi Ibrahim lantas menjawab – “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu.. Aku hanya memerlukan pertolongan dari Allah”.

Baginda kemudiannya menyebut kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil ketika dicampakkan ke dalam api, dan dengan izin Allah, api itu menjadi dingin dan selamatkan Nabi Allah itu dari dibakar.. Subahannallah..

Nabi Muhammad s.a.w. juga diriwayatkan menyerbut2 kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil ketika di dalam perang Badar, sehingga Allah memberikan kememangan kepada baginda.

SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERI PERLINDUNGAN PADA KITA DALAM SEGALA HAL...SEMOGA KITA BERSAMA2 ORANG YANG..BELAJAR UNTUK BAIKII DIRI KITA....HMMMM

INI BUKAN APA KATA SURVEY

Assalamualaikum....

sedikit cebisan untuk kita kongsi sebelum kita memulakan hari kita....semoga kita dapat sesuatu yang baik dari padanya...

APA KATA RASULULLAH TENTANG WANITA DAN ISTERI

1. Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan iaitu wanita (isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim)

2. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya,maka iaa dalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad,Thabrani dan Hakim)

3. Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung.

4. Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (RiwayatAhmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas bin Malik)

5. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari khiamat, tiada nur baginya.(Riwayat Termizi)

6. Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan)

7. Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya. (Riwayat Muaz bin Jabal)

8. Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syuga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.

Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim. (Riwayat Muaz bin Jabal)

9. Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari.

10. Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosadarinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.


SEMOGA KITA TERHIBUR DENGAN JANJI2 ALLAH....

Friday, April 27, 2012

TERASA SETAN GELAKAN AKU...HINA GILA RASANYA

Assalamualaikum....
apa laa nasib yerrr...bermula dengan baik...tetibe dengan satu bisikan hancur semua... macam tue la hati aku hancur di saat aku mengharap aku kuat untuk mengharunginya... tak dapat tergambar hati aku remuk....harap2 masih ada sisa2 yang tetinggal...kenapa la aku jadi cam nie haaaaaaaa...lemahnya aku di saat di asak dan diasak...

ya allah aku mohon perlindunganMu ya allah kerana aku ini hamba yang sangat jahil.. terbukti hari ini kerana kejahilan itu berada didalam aku nampak indah seketika tetapi bila aku meratapi ternyata aku menyesal...kerana bukan ini yang aku harapkan..aku harapkan hanya kebaikan dari sisi engkau...terasa hina plak diri ini di saat macam ini...ya allah ya allah ya allah..........longlai aku cam nie...

aku hanya berlindung daripada engkau kerana setiap kali aku diuji ternyata aku selalu gagal...nampak sangat iman aku nie takok mana...waaaaaaaaaaaaaaaa ya allah bolehkan Engkau tolong aku jadi hamba yang tak sombong...tak riak... tak takabor...kerana semua Kau pinjamkan sebagai ujian...aku takde apa2 pun....... aku je rase memiliki.. ternyata bila aku sedar aku hanya dititipi........

ya allah maafkan aku...kerana kelalaian aku dalam mentadbir amanahMu...ternyata aku belum cukup kuat untuk mejadi orang yang boleh memegang amanah itu...baru di beri sekejap sudah rase memiliki...waaaaaaa nape la aku jadi cam nie....

kalo kita ada perasaan rase bagus pulangkan kepada yang maha bagus...
kalo kita rase hebat pulangkan hebat itu kepada yang maha hebat...
kalo kita rasa kita memiliki pulangkan pada yang maha memiliki...

apa la yang aku ada sampai rase cam tak pijak tanah...mainan setan betul la....so sedarlah ye lepas nie mintaklah berlindung kat tuhan dari bisikan syaitan yang menyesatkan....ampunkan aku ya allah.........

Tuesday, April 24, 2012

KEKUATAN DALAM DIRI BERMULA DISINI

Assalamualaikum....apa kabar semua mungkin sudah lama aku tak menulis di ruangan ini...menunjukan aku bertambah busy dengan semua yang aku buat... bukan nak mengeloh tapi bersyukur denga apa adanya membuatkan kita menjadi orang yang begitu tenang meniti hari2 yang mendatang... perjalanan hidup ini diteruskan dengan bermacam2 benda akan kita hadapi sama ada kita sedia atau tidak...kita selalu menyalahkan keadaan bila sesuatu terjadi...opsss takpe lepas nie kita belajar menerima kerana allah sedang menguji kita....sebagai sesuatu yang menjadi sebuah ketetapan hati kita...kita sentiasa ingin meletakan diri kita berada di satu sudut yang orang senangi...hahaha kita pun mudah untuk bekerjasama dengan mana2 orang kat dunia ini...atas dasar kita ikhlas atas segalanya... so kita wat tanpa sedikit keraguan pada diri kita..jangan heran kalo satu hari nanti kita diuji dengan pelbagai soalan yang kita sendiri akan bagi jawapan yang bertenangan dengan apa yang pernah kita kata dahulu kerana kita ini manusia yang kadang2 dipengaruhi dengan perasaan dan tekanan

....tapi memang menarik untuk kita kongsi bersama...

Innalillahiwainnailairojiu'n ▬ ► Aku diuji lagi YA ALLAH,

Subhanallah ▬ ► UJIAN apa yang KAU berikan ini,

MasyaALLAH ▬ ► mengapa aku mempersoalkan TAKDIRMU lagi,...

Astaghfirullahaa'zim ▬ ► Maafkan aku Ya Allah aku pertikaikan KEKUASAANMU,

Allahhuakhbar ▬ ► kuatkan HATI nuraniku hadapi semua ini dalam menggapai REDHAMU

Alhamdulillah ▬ ► ku tahu selepas ini ada HIKMAH kebahagiaan PEMBERIANya

semoga allah jadikan aku orang yang kuat untuk menghadapi semuanya...semoga aku bersama orang yang bersabar dalam segala hal...ya allah pelihara diriku ini dari berjalan diatas muka bumiMu dalam keadaaan sombong....lindungi aku dari perkara2 yang mensyirikan engakau...jadikan aku bersama2 orang yang berjaya di dunia dan akhirat...

Tuesday, April 10, 2012

TAK TAU NAK TULIS APA

Assalamualaikum...
ya allah...tetibe aku menjadi orang yang rindu untuk jadi orang sabar...tolong pimpin tangan ini untuk jadi orang yang sabar...ya allah yang maha pelindung takot aku jadi orang yang bejalan dalam keadaan sombong atas muka bumiMU...sedangkan aku takde apa2... dok terlolong lalang...konon nak jadi hero...padahal habuk pun takde....rentikan la... so duduk diam lagi baik....pasti ada jalan2 yang buat kau jadi tenang akhirnya....

apa yang nak di cari dalam hidup ini...rindu jugak nak jadi tetamu allah...pergi mekah... mungkin banyak pengajaran kalo g sana...dapat tgk kesan2 jejak2 rasul kesayangan umat..nabi yang di cintai oleh semua makhluk di langit dan dibumi.. waaaaa tak tau la cam mana sebak kan saat kali pertama jejak kaki kat sana...mungkin hilang ingatan tentang dunia ini...rase bejalan dengan penuh rasa hamba di bumi yang penuh keberkatan...

menangis kot....orang kata la ramai gak menangis saat kali pertama tgk kaabah live...fuh teruja tak tau nak cakap apa...mesti rase sekejap kan kalo setakat duduk situ beberapa ketika...lalu leburlah segala kesombongan dalam diri saat melihat tiada yang membezakan antara satu manusia dengan manusia lain...kalo g haji lagi touching kot mana tak touching rase macam dekat padang masyar...fuh cite tak hengatkan...nie la kalo orang jiwa kosong tulis...dia memang rase cam tue....

jangan salahkan sesiapa...kadang jiwa kosong ini kalo dibiarkan akan menjadi bertambah kosong...tapi kalo kita isi dan isi akhirnya kita akan rase penuh dan penuh...kita memang suka wat macam2 tanpa memikir tapi bila kita sedar kita cuba lari dari suatu realiti yang bertentangan dengan apa yang jiwa kita nak dia akan berlaku pergaduhan jiwa...tue yang jiwa memberontak nak jiwa apa yang kita nak...tapi aku harap aku mampu bersabar sedikit aja...pasal ujian nie sikit jer..kalo lepas jer haaa senyumlah pepuas....

dah macam2 dah aku tulis nak megambarkan otak aku tak fikir secara konsisten...macam2 yang difikir tapi yang best itu adalah cam mana nak kawal diri kita...serabut memang la serabut...so dalam hidup ini memang adanya pilihan...kita suka kan pilihan2 yang ada.. seperti A B C D......so be cool aja..jangan cepat nak menjerit...tapi cepatlah ingat...allah allah allah....

ya allah lindungi aku dari berjalan atas muka bumiMU dalam keadaan sombong...kerana KAU adalah penguasa di langit dan dibumi...aku hanya hamba yang menumpang...jadikan hati ini merasa diri ini hamba...jangan dok syok sendiri...ya allah jadikan aku orang yang berjaya didunia dan akhirat...ya allah izinkan aku bersama2 orang yang berjaya kerana sabar dalam menghadapi semuanya...

Tuesday, April 3, 2012

LEMAHNYA AKU

Assalamualaikum...
hii nape tetibe rase macam kosong aje nie...perjalanan masih jauh..ya allah jangan engkau golongkan aku bersama2 orang yang berputus asa dengan rahmatMu...izikan aku hidup dengan penuh ketenangan...jangan aku asik dengan perasaan aku yang inginkan semua yang sebenarnya tak pasti...berlari kesana kemari...entah kemana akhirnya...akhirnya aku melalaikan semua...sampai aku penat dan tersandar pada dinding dunia yang aku cipta sendiri...

senangnya lahai berkata2...bukak mata beso2 skit...haaaaaaaaaaa dah nampak ker jalannya... tarik nafas paling dalam nanti kau akan lihat diri kau yang sebenarnya... jalanlah perlahan2 nanti kau akan mengerti...buatlah apa yang kau rase patut...jangan dok ikot hati kau itu...selalu kalot dengan macam2 yang datang...pada akhirnya kita mengeloh ...kenapa aku macam ini?????????

hmmmmmm yang penting ko jangan mendongak sangat nanti bila ko tersepak batu ko tau sakit..sakit itu akan mengajar engkau bahawa tgk bawah lagi bagus.....allah pun dah pesan banyak kali jangan jalan dalam keadaan sombong...allah tak suka... jalan la dengan perasaan yang sangat rendah diri....tue la yang susah kan...selagi kita ini bernafsu...so belajar ambik setakat yang kita perlu....kang amik banyak2 nanti kau lupa plak....semoga aku sentiasa diperingatkan...bagaimana nak jadi orang lagi baik.. bukan untuk ornag pun tapi untuk diri sendiri...

perjalanan ini membuat kita lebih menyadari bahawa yang kita perlukan adalah sebuah ketetapan hati yang bergantung padaNya...saat dunia berubah ketetapan yang ada pada hati itu tidak boleh berubah....saat didatangkan dengan bermacam2 ujian kita boleh cool... aku berharap akan sentiasa ada getaran2 dalam diri ini...saat diri ini nak masuk keladang kejahilan...

ya allah yang maha pengasih lagi maha penyayang aku berlindung dengan segala kejahilan dalam diri ini... kerana kejahilan itu aku berada dalam kegelapan duniaku sendiri...aku rindu ingin jadi orang yang dalam diri ada ketenangan saat diatas mahupun berada dibawah...berasa cukup dengan apa yang aku ada....berjalan dalam keadaan merasa diri paling kerdil...ya allah selimuti hati hamba ini dengan kasih sayang keranaMu...jangan Kau biarkan kejahilan itu menguasai diri ini dan akhirnya diri ini tergolong dalam kalangan hamba2Mu yang celaka...tiada yang mulia selain kemuliaan yang Engkau berikan...tiada yang berkuasa selain Engkau pinjamkan kekuasaan itu dan Engkau boleh saja mengambilnya sekiranya Engkau kehendaki...YA Allah pandulah aku kejalan yang selamat di dunia dan di akhirat...amin amin amin