Saturday, January 31, 2015

TOUCHING PART

Assalamualaikum....

ya allah akhirnya terasa diri ini sangat kerdil melihat dosa2 sendiri...apakah sudah terampun atau masih belum lagi ye....moga2 allah sudi ampunkan dosa kita semua orang...walau besar mana salah kita semua...masih lom terlewat untuk kita perbaiki keadaan...

cerita tentang kehidupan....

kehidupan adalah pilihan yang kadang2 tak sampai otak kita untuk proses benda itu menjadi sebuah kebahagiaan menurut diri kita sendiri....kita cuba macam2 benda agar kita dapat apa yang kita nak... akhirnya

Firman Allah Dalam surah  Ali-Imran ayat 54 yg bermaksud:

 "Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang"

tadi aku baca satu cerita yang buat aku sendiri befikir jauh sangat...apa yang aku sebagai seorang lelaki nak aja pada seorang isteri..seorang anak nanti..memang semua orang mengharap yang terbaik dalam kehidupan dia...tak nak gagal...

kadang2 allah menguji hati kita dengan macam2...sampai kita lupa dan berkata kita telah banyak berbuat baik...betul ker sebenarnya....tadi cerita isteri curang...
link dia kat bawah nie kalo rajin nak baca la....

http://sensasimy.blogspot.com/2015/01/ya-allah-sedihnya-kisah-seorang-isteri.html?m=1

baca pun meremang bulu roma aku...geram pun ada...tapi hakikatnya kita sebagai pembaca hanya boleh mengambil pengajaran dari apa yang terjadi...bukan nak condem sesiapa..tapi belajar bagaimana sikap kita seandainya ia terjadi pada kita sendiri...

bagus la bagi aku suami perempuan tue...kalo dia dah ada orang lain yang lagi baik so elok la lepaskan aja...dari pada terus menerus dalam kemungkaran ...elok jugak di lepaskan secara baik..walau kita sayang sangat...tapi kat situ jugalah ada hidayah dan petunjuk dari allah yang kita kene akui...so berbalik la pada ayat kat atas tadi....

ya allah dari cerita itu aku belajar sesuatu tentang nabi yang sangat kita cintai...

benarlah firman allah

Firman Allah Dalam surah  Al ahzab ayat 21 yg bermaksud:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)


aku tutup cerita aku kat sini...pasal aku sendiri pun banyak lagi tak betul...so elok la kita sama2 betulkan diri kita masing..semoga allah bagi kita kekuatan dan istiqamah dalam berbuat kebaikan...








Sunday, January 25, 2015

KERANA APA....

Assalamualaikum...

penat aku cari topik nak tulis tapi tak keluar jugak..tapi akhirnya aku terpk nak tulis pasal diri kita sendiri...yang selalu kita sibuk nak tahu hal orang sampai lubang cacing kita cari info ye...hari ini kita belajar tentang diri kita sudah la ya... boringggggggggggggg dok cita pasal orang sana dan sini..aku tak bermaksud amik tau tue salah  ye...korang jangan salah paham lak...

hari ini cerita tentang kehidupan nak bercerita  kerana apa...kita buat dah macam2 kan...tapi dok tak berubah2 jugak...risau gak tgk diri kita sendiri..bukan risau je tapi sampai tahap rimas nape la hidup kita terus menerus cam nie...so masa untuk berfikir...

mungkinkah inilah sebabnya....

niat kita kerana apa sebenarnya.....

kita buat sesuatu selama ini kerana apa....sebab apa la susah sangat ia nak memberi kesan pada diri kita sendiri apa lagi orang sekeliling kita...kita rasa dah abis baik dah kita buat...tapi kenapa masih macam itu ye....salahnya dimana...

mungkin kah kerana hati kita dah mula mengeras....

kadang2 kita risau gak hidup ini kalo pk hati kita dah keras...kita tak leh terima nasihat orang...kita rasa kita aja yang betul...kita nak orang semua dengar cakap kita..tgk wajah kita bingung tgk diri kita sendiri...

kerana allah jauh dalam hidup kita

takot plak aku bila hal ini...susah plak aku nak bernafas kalo benda nie jadi kat diri aku...tapi harap aku mampu sedar la sebelum berlaku perkara cam nie..

kerana cintakan dunia lebih

cam mana diri kita masing2....so kita lepas nie tak payah tgk orang lain...tgk diri sendiri je la...kita cintakan dunia terlalu lebih ke sampai kita susah nak berubah dan kita berharap lepas kita dapat dunia kita baru kita nak baiki diri kita....atau  kita nak betulkan diri kita sambil2...orang kata sambil selam minum air...


aku pun takde kesimpulan....semua di atas buat aku rasa lebam....kalo rajin nanti aku ulas la....esok2 ye..pasal aku sendiri tgh kebingungan dengan apa yang aku tulis...aku di tahap yang mana...

niat aku tak betul ke????
hati aku dah keras ke????
aku jauh dari allah ker????
aku terlebih cinta dunia?????

beri masa untuk berfikir...sama2 la ye kita tak time untuk fikir....


Friday, January 23, 2015

PK UNTUK DIRI SENDIRI...

Assalamualaikum....

selamat malam semua...semoga allah merahmati kita semua kerana kebimbangan kita pasal diri kita ini...kerana kebimbangan kita tentang dosa2 kita ..yang sedar mahupun kita tak sedar...paling bahaya bila kita dah wat dosa kita tenang macam takde ape2 yang terjadi...

cerita tentang kehidupan nak bercerita tentang diri kita..pasal sebelum nie dah puas cakap orang itu dan orang ini..ari ini kita mengata plak diri kita..pasal kita harus sedar hakikat diri kita yang sangat lemah dan juga pendosa....

so tanya sama hati...masing2 ada hati dan harus memastikan hati kita ini hidup agar kita tak beku kat satu sudut...saat kita tak mampu untuk merubah dunia dan merubah orang lain..kita belajarlah ubah diri kita dahulu...rasanya itu jalan yang terbaik wat masa ini...kalo kita asik tgk orang kang kita asik cakap dia tue lagi banyak dosa...konon merasa diri kita lagi baik..gamaknya....

saat aku menaip nie aku tak tau rasanya apa la yang ada kat dalam dada aku...rasa cam blur je...pasal macam ada something la...rasa cam tak layak plak nak tulis statment nie...pasal aku sendiri pun tak jadi baik lagi...so cuma satu je aku harapkan ....semoga kita saling mendoakan satu sama lain..semoga allah pelihara kita dari dari api neraka kerana dalam hati kita ada  perasaan belas dengan orang lain. dan  perasaan sayang kat orang lain....

semoga allah beri hidayah pada hati2 kita yang sebenarnya nak berubah tapi tak tau bila...semoga allah bagi kita kekuatan untuk kesitu...


Tuesday, January 20, 2015

JAWATAN KOSONG.....SIAPA MAU....

Assalamualaikum....

selamat malam semua...tetibe hati aku sendiri bergetar...menandakan ada benda yang tak kene ngan aku...aku terpk dengan kegagalan dalam kehidupan yang telah berlalu..yang mungkin orang anggap ia sebagai sejarah tapi tetibe aku terpk  sebahagian dari episode yang mungkin menyebabkan aku susah kat alam satu lagi....

cerita tentang kehidupan hari ini nak kongsi cerita pasal kegagalan dan kesan ia satu hari nanti...tapi bukan kegagalan aja tapi kejayaan pun akan ada tanda tanya yang menjadikan kita jadi tersepit kalo kita sulusuri secara jujur hakikat sebuah kegagalan dan juga kejayaan itu sendiri...

semua orang ada episode kegagalan dan juga kejayaan...apa yang kita difinasikan dengan perkara diatas..mungkin kita sendiri terfikir dengan cara masing2..tak salah kot memang kita manusia akan ada masa kita akan duduk berfikir kemana kita selepas ini...dan apakah aku ini di kira sebagai orang yang berjaya atau gagal...

tiada yang membanggakan seandainya kita sadari tentang kejayaan kita hari ini...mampukah kita bertanggungjawap dengan setiap benda yang kita di berikan peluang untuk itu...

apakah jawatan kita sekarang....
1)hamba
2)umat kepada nabi yang kita cintaiii nabi muhammad s.a.w
3)anak
4)suami/isteri
5)banyak lagikan...

yang diatas sahaja...adakah kita rasa kita dah berjaya rasanya...terkedu aku nak menjawap...tetibe aku rase blur plak...rasa cam mana ya....jangan mengelak kalo pun kita tak kawin kita dah pegang 4 jawatan...ke ada lagi yang bercita2 nak cari jawatan lain yang lebih hebat....aku rasa aku tak perlu bagi jawapan...aku sendiri jujur...aku masih gagal....cam mana skang...

harap dengan kasih sayang allah semoga allah bantu kita untuk jadi sebagaimana allah nak...bukan sebagaimana kita suka...kerana diri ini begitu jahil...semoga allah bantu kita



jom amalkan doa ini....semoga allah menjaga kita dan memperbaiki urusan hidup kita ye...

allah humma ameeen....

Sunday, January 18, 2015

PANDANGAN AKU TENTANG USTAZAH K-POP

Assalamualaikum....



nie pandangan aku tentang video diatas ...aku setuju ada point yang baik yang nak dikongsi dan kita boleh sama2 fikirkan..tapi mungkin dia wat video secara sepontan tanpa mengambil kira soal susunan point  dan ayat tue yang nampak worse...

selamat petang semua..mungkin hari minggu yang baik bila kita start pk tentang perjalanan hidup kita dan apa yang berlaku kat sekeliling kita...memang aku pun memikir jugak apa yang terjadi pada ustazah k-pop tue...bukan nak menghentam tapi cuma just sama2 kita berfikir sejenak tentang tindakan kita dengan apa yang telah pun berlaku....

so cerita tentang kehidupan hari ini nak bual2kan tentang hal ini...memang nampak cam menarik kan..tapi berharap semua berlapang dada dalam menanggapi persoalan yang terjadi..sebab kita ini manusia dan memang melakukan banyak salah...sebagai manusia kita tak boleh cakap yang salah itu benar...kalo kenyataan itu salah tetap salah bagi aku....

tapi berbalik la pada sang pencipta yang lebih mengasihi kita...kadang2 kita dok mengutuk dan menghentam...sedangkan mereka yang berkenaan selepas balik mereka tersedar akan kesilapan mereka dan mereka bertaubat...lalu allah terima taubat mereka..kita yang dok menghentam dan menghina mereka tanpa sedar kita lupa nak bertaubat...cam mana kedudukan diri kita...adakah kita rasa kita lebih mulia...fikirkan lah.....

tapi aku memang nak bagi analogi berkenaan cerita ini.....

contoh yang aku nak bagi aku harap semua orang bukak kepala otak masing2 dan start berfikir secara manusiawi....

anologinya macam ini...

------- >jalan jem gila kat trafik light............

------- >ada polis trafik pun kawal lalu lintas ....

------- >dia pun bagi jalan tak ikot warna trafik light...

------- >so orang pun jalan pasal polis trafik bagi jalan....

------- >so orang jalan...tetibe semua pun jalan ,adalah sorang pemandu nie dia gelabah.. dia telanggar kereta depan....

------- >soalan aku yang pertama ....
             salah siapa????

------- >soalan aku yang kedua ...
            apa tindakan kita sebagai orang yang tgk kemalangan itu???

so aku pasti semua ada jawapan sendiri...letakan kita sendiri sebagai yang melanggar kereta itu...dan juga yang menyaksikan kejadian itu...

memang banyak aku nak huraikan....

so kita di beri pilihan :  SALAH SIAPA????????????????
1)kita nak salahkan polis trafik ke pasal dia bagi jalan ...
2)kita salahkan pemandu itu sendiri kerana kecuaian dia sendiri...

APA YANG KITA BUAT SEBAGAI ORANG YANG TGK????????
1) kita salahkan polis tadi pasal bagi jalan....
2) kita maki hamun pemandu tue pasal langgar keta depan...
3) kita diam ....
4) kita hebohkan satu dunia tentang pelanggaran itu....
5) kita doakan perkara itu dapat di selesaikan...

SO KITA WAT LA KESIMPULAN SENDIRI...SO SAMA2 LA KITA MUHASABAH DIRI KITA SENDIRI..

ya allah terima kasih kerana bagi aku fikir sekejap...semoga allah ampunkan dosa dan ketelanjuran kita dalam hal ini...semoga allah bimbing kita kejalan yang benarr..terima kasih kerana sudi membaca...tq...semua yang baik datang dari allah...yang tak baik kerana kejahilan aku sendiri..

siap untuk di tegur..kalo aku melakukan kesilapan...terima kasih





Thursday, January 15, 2015

PENGAJARAN DARI VIRAL K-POP

Assalamualaikum...

lama gak tak tulis tapi tangan nie gatal gak nak menulis dah 15 hari dalam tahun baru yang penuh dengan tanda dan tanya...macam2 benda berlaku kat sekeliling kita buat kita berfikir seketika...macam mana kita hari ini dan bagaimana haruus kita menjalani semuanya...sedang macam2 cabaran yang berlaku ...kita tak tau kita harus di pihak mana...

so cerita tentang kehidupan nak cerita skit pasal K-POP....hebat sangat kah K-POP....

semua orang ada jawapanya...aku pun tak tau pasal aku tak layan K-POP dan juga cerita korea..ada yang kata romantik la dan bla bla blh.. terpulanglah masing2 meletakan penilaian sendiri...minat tak salah tapi jangan sampai ia menjadi satu masalah lain dalam kehidupan kita ini..berbalik pada cita K-POP itu di manakah salahnya..

nape plak la aku ini jadi orang yang suka cari salah orang...haaaaaaa aku sendiri confius...so tak payah lah cita bab tue...cuma nak tulis apa pengajaran yang harus di ambil dari kisah K-POP tue...

1) kita kene blaja tentang agama kita lagi ye...supaya kita lebih dekat dengan allah...dan allah sudi jadi pelindung kita....
2) kita kene belajar doakan orang lain agar allah beri keampunan dan hidayah pada kita semua kerana kita sendiri belum tentu kuat untuk menghadapi situasi itu...
3) kita kena sedia diri kalo nak kawin...supaya kita leh jadi ibu bapa yang hebat pada waktu akan datang..jangan seronok kawin je...huhu(nasihat kat diri sendiri ni)
4) jom muhasabah diri kita sendiri....jangan dok sibuk menghuru harakan keadaan...semoga allah membimbing kita kejalan yang benar...

sebelum aku terlupa ye...hentikan sebar aib orang ye...kita sendiri ada aib....semoga allah juga menutupi aib kita....terima kasih allah...subhanallah atas segala nikmat....


amin amin amin amin....

Sunday, January 4, 2015

SELAMAT TAHUN BARU

Assalamualaikum....

mungkin tak terlewat lagi untuk aku mengucapkan selamat tahun baru buat semua...memang kadang2 kebuzy-an buat kita lupa tentang benda yang selalu kita buat dan selalu kita buat...hari ini hari minggu pertama dalam tahun baru..so bersenang2 sekejap setelah busy berpanjangan...tapi alhamdulillah allah masih mengurniakan rezeki untuk kita sedar bahawa allah sayang kat kita...memang macam2 benda berlaku di sekeliling kita yang kita tak pernah pun amik tahu tentang apa yang terjadi...memang kejahilan itu memukul kita...tanpa kita sadari...

so hari ini cerita tentang kehidupan nak cerita pasal azam tahun 2015...nampak macam best jer tahun 2015 kan....insya allah permulaan yang baik...tapi aku berharap beberapa perkara yang aku rancang menjadi biarpun aku pun sendiri tak tahu bagaimana akhirnya yang terjadi...syukur aja dengan nikmat yang allah bagi walau kita takde commitment dengan sapa2 tapi lebih tenang hanya nak memikirkan beberapa perkara serius untuk memperbaiki diri sendiri...

memang mudah untuk berkata tapi memang susah nak buat...tapi harap allah mudahkan segala urusan kita...memang kekadang kita bungung dengan urusan hidup kita yang tak settle2 lagi..mungkin kita kene start dari ground level...baru kita rasa impaknya..perlahan aja jangan nak kecoh2 ye...memang keadaan itu akan membuat kita sesak nafas kerana kita hanya memikir tujuan atau impian kita saja..tak fikir apa yang akan berlaku selanjutnya kerana sesungguhnya kita benar orang tak mengetahui..tapi belagak tau....

coba dan coba aku mengajak diri aku berdamai untuk memulakan sesuatu agar aku lebih mengerti bahawa setiap perkara itu terjadi akan kehendakNya... betul kata2 orang2 alim kalo kita kenal tuhan kita , kita akan jadi orang tak banyak komplain...pasal kita rasa kita lebih mengetahui kita rasa apa yang pk dan rancang itu betul kita selalu nak menang dengan kehendak kita itu...maaf...

memang jahil diri ini...kerana gagal merasakan getaran kasih sayang allah...kerana kita masih lagi merasa semua kerana usaha kita..dan menafikan campur tangan allah dalam urusan hidup kita...ampuni aku ya allah...jadikan aku orang yang menghadirkan Engkau dalam setiap urusan hidup aku...aku menyatakan ketidak berdayaan aku dihadapanMu...kerana aku hamba yang sangat hina....ampuni aku...ampuni aku...ampuni aku....