Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum...
kepada sesiapa saja yang berada disekeliling aku ...aku berharap aku gembira menyambut hari raya yang datang ini...tiada ucapan yang terindah dalam perkataan yang dapat diungkapkan selain rasa syukur pada ilahi dengan segala yang telah diberikan sepanjang bulan ramadhan yang penuh dengan barokah ini...

ya allah berilah aku petunjukMu agar aku berjalan dalam keadaan aku sedar aku ini hamba...tiada perkataan yang seindah perkataan seorang hamba berbicara dengan seorang tuan agar diri ini merasa rendah diri dalam perjalanan ini.. ya allah perelokan akhlakku agar aku bersama2 orang yang berjaya di dunia dan di akhirat...hehehe

ya allah terima kasih kerana meletakan aku bersama orang yang berjaya menjalani ibadah puasa..semoga aku sentiasa menrindukan saat bersahur dan berpuasa... ya allah semoga aku tabah menghadapi semuanya...amin amin amin

Friday, August 26, 2011

KEJAHILAN

Assalamualaikum...
wahai hati-hati yang penuh dengan kejahilan....hehehe sedar dari lena yang panjang...lalu jatuh kedalam gaung yang penuh dengan najis....keluar dari situ penuh dengan kehinaan kerana buruknya pandangan manusia tentang diri kita ini...bagaimana agaknya padangan kita pada diri kita sendiri pada waktu itu...terbenam rase yang ada dalam diri...yang ada cita-cita ingin keluar dari situ secepat mungkin dan ingin bangkit kembali...yang mmebuat kan kita bahagia kerana kita ada sedikit kekuatan yang dipinjamkan untuk keluar dari situ....

bagaimana kejahilan ini sentiasa menjadi musuh dalam diri kita....walaubagaimanapun hati ini tetap tegar mengharungi segalanya kerana setiap yang datang itu penuh dengan cerita disebaliknya yang harus kita pelajari..... lalu berdiri disebalik bayang2 sendiri membuatkan kita tenggelam ....so waktunya kita keluar dari kejahilan itu...harap allah membuka jalan-jalan agar kita sedar bahawa kita orang yang beruntung dalam banyak2 orang kat dunia ini kerana ujian yang ditimpakan keatas kita......

bersembanglah dengan diri kita agar kita mengerti bahawa kita sebenarnya kuat untuk menghadapi semuanya.....ya allah makin jauh aku berjalan makin terasa aku semakin ingin dekat denganMu....harap kejahilan akan pergi dan seterusnya aku menjadi orang yang bahagia dengan setiap apa yang datang...kerana mengertinya diri ini tentang apa yang allah ingin beri itu suatu itu adalah nikmat-nikmat yang perlu aku syukuri.....

tersenyumlah......berdoalah setiap masa kerana merasa diri ini penuh dengan kekurangan dan sentiasa mengharap dari allah...betapa bahagianya hidup ini seandainya kita sedar bahawa apa yang kita ada kita milik allah....indah rasanya seandaianya apa yang kita ada ini dibahagi dengan rasa nikmat....ya allah terima kasih atas segalanya....semoga aku akan menjadi orang yang sentiasa bersyukur denga nikmat yang kau pinjamkan....sedar bahawa segalanya adalah milikMu jua....harap aku juga aku selalu menangisi kesilapan yang pernah aku buat kerana kejahilan diri....amin amin amin....

ya allah di hari yang penuh dengan kerberkatan ini izinkan kau meluahkan rasa syukur diri ini atas segala nikmat yang aku pinjam dariMu....izinkan aku bersama orang yang tunduk dan patuh pada perintahMu ...jangan aku terus menzalimi diri ku sendiri...yang sedarkan aku setiap kali ingin melakukan maksiat padaMu...kerana aku bimbang aku terus dibawa arus dan akhirnya tenggelam dalam keadaan penuh dosa.....

ya allah tunjukan jalan yang benar....agar aku bersama orang yang kau sayangi di dunia dan akhirat....ya allah mudakan segala urusan duniaku....murahkan rezeki ku....mudahkan urusan membayar hutang piutangku...semoga perjalanan ini akan menjadikan aku hamba yang hidup penuh dengan rasa syukur....semoga aku akan bersama2 orang yang bersujud....amin amin amin

Thursday, August 25, 2011

SEDEKAH

Assalamualaikum...
hari ini kita bercerita tentang kisah sedekah....seronok bila tgk orang berbuat kebaikan terasa diri ini juga ingin berbagi kebaikan apa lagi sekarang ini bulan yang penuh dengan keberkatan.... bagaimana kita dapat mendidik hati kita agar menjadi orang yang dalam dirinya penuh dengan kebaikan....terasa sentiasa ingin berbahagi walau sedikit...kadang2 keseronokan itu melupakan tentang kebaikan-kebaikan yang harus kita buat agar kita sentiasa tenang meniti hidupp....

sedarilah...sesungguhnya kata nabi yang paling kita cintai ..."tak kan menjadi miskin orang yang bersedekah"....so bagaimana kita dalam perjalanan ini....kita berseronok dalam banyak hal kadang2 kita lupa akan kesengsaraan orang lain...begitu daifnya kita ini...

harap-harap kita mampu merubahnya pada bulan yang mulia ini...semoga kita bersama2 orang yang berjaya melawan nafsu kita....

Wednesday, August 24, 2011

SEDAR

Assalamualaikum...
hati ini milik allah....izinkan aku terus menjadi hamba yang redho dengan ape saje yang telah ditentukan semoga hati ini terus mengingati bahawa tiada yang lebih berkuasa selain engkau ya allah...jadikan perjalanan ini sebagai suatu peringatan pada aku ini bahawa segalanya akan kembali padaMu...ya allah mudahkan segala jalan-jalanku agar aku tenang meniti perjalanan ini...agar damai aku meniti segala macam dugaan yang datang dari segenap penjuru...

ya allah tunjukan aku jalan yang benar sebagaimana orang yang benar itu berjalan sebagaimana petunjukMu....Jangan biarkan aku hidupa dalam keadaan penuh kejahilan...temukan aku orang yang bisa mengajarkan aku tentang engkau...agar aku bersama2 orang yang berbahagia di dunia dan berbahagia di akhirat...ya allah izin kan aku menjadi hamba yang sedar bahawa tiada jalan lain yang lebih benar selain jalanMu...semoga aku bahagia walaupun aku tak punya apa2 dan sangat bersyukur saat kau kurniakan aku sesuatu...ya allah damaikan hati ini jiwa ini...jauhilah aku dari kebahilan....

ya allah aku mengharap petunjukMu dan keampunanMu...agar aku tenang meniti hari yang pernah aku lalui...tiada apa yang membahagiakan selain dari jalan yang telah engkau tetapkan.....ya allah masukan aku bersama2 orang yang bahagia didunia dan akhirat...ya allah murakan rezeki ku dari sumber yang halal lagi baik...ya allah lindungi aku dari menyakiti hamba-hambaMu dengan perkataan maupun perbuatan...

ya allah apa yang aku ada ini semua milikMu semoga aku sedar dalam perjalanan ini aku tidak boleh sombong bongkak dengan kurniaan kau kerana sesungguhnya aku tidak mempunyai apa2...hehe

Saturday, August 20, 2011

CERITA HATI

Assalamualaikum....
selamat datang lagi kehadiran lailatulqadar sebagaimana orang-orang bertakwa mencari malam yang penuh dengan keberkatan agar di beri petunjuk dalam kehidupan yang sebentar menutu pintu-pintu yang tinggal...lalu bagaimana kita agaknya dalam menghadapi hal ini adakah kita termasuk dalam orangyang beruntung untuk hal yang seperti ini...senyumlah agar ketengan datang agar senyuman terus terukir tanda hamba yang daif ini terus mendapat rahmat dan keampunan dalam meniti hari yang tertinggal...

kalo anda di beri peluang untuk menjadi orang yang bertemu dengan lailatulqadar pasti anda anda teruja begitu juga aku yang lemah ini sentiasa mencari peluang agar diri ini sentiasa diberi dan beri lagi peluang agar bertemu dengan malam yang bersamaann dengan seribu bulan....ya allah hamba ini begitu hina ya allah tetrima kasih atas segala rahmat yang telah kau berikan sehingga aku mulia didunia ini..

ya allah kau mulikan aku dengan akhlah yang baik sehingga akhlah ku ini menjadi bulan bukan kerana riak dan takabur dengan apa yang aku miliki tapi cukup dengan setiap nikmat yang aku rasakan....jadikan kau insan yang sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang kau kurniakan agar aku sentiasa mencari peluang agar aku sentiasa tenang dalam perjalanan ini...

ya allah ampuni kami yang sentiasa berbuat dosa agar kami sentiasa bertaubat atas segala kesalahan dan kesalahan yang kami lakukan.. ya allah sesungguhnya semua milikMu aku hanya peminjam yang kadang2 lupa bahawa sesungguhnya aku ini peminjam yang satu hari nanti akan dipanggil pulang mengadapMu... ya allah perelokkan akhlak ku agar aku bersamaorang yang berjaya di dunia dan akhirat... amin amin amin

Friday, August 19, 2011

BELAJAR SESUATU

Assalamualaikum...
bila di beri cobaan cuba kita belajar sesuatu agar kita memahami kehidupan ini seandainya kita tak di caba kita akan duduk ditempat yang sama dan merasa selesa dengan kehidupan kita....pejamkan mata kita sebentar tanya pada diri kita adakah kita dah cukup bagus untuk tidak di uji dan merasa selesa seandainya kehidupan kita berjalan dalam keadaan statik tanpa ada perubahan...

hari esok dan esok kita mengeluh tentang perkara yang sama...kita merungut bermacam benda yang kita tak cukup...ini tidak becukup lalu kita bingung mencari jalan...sampai kita lupa yang sebenarnya kita mengharap ketenangan dalam perjalanan ini....hati manusia senang untuk berubah kalo diberi petunjuk yang menyebabkan kita keras hati adalah diri kita sendiri...kita yang membentuk diri kita ini keras....

kadang-kadang aku hidup dalam penyesalan kerana keadaan hidup ini...aku berazam untuk tidak menyakiti hati mana2 orang...kekadang aku rasa aku selalu menzalimi orang kat sekeliling aku...kadang2 aku rasa sedih...tak tau la...kadang2 perasaan ini buat kau tensi...tapi keadaan ini buat aku bertambah berazam untuk memperbaiki diri untuk jadi lebih baik....

ya allah dalam kehidupan aku yang singkat ini...jadikan aku orang yang berakhlak mulia...agar tenang aku menghadapi hidup yang berbaki ini...agar tiada lagi penyesalan dalam hidup ini..izinkan aku berkongsi apa saja yang aku ada agar aku tidak risau tentang rezeki yang bakal aku dapatkan...izinkan aku terus menjadi hamba yang sujud padaMu saat hidup ini...

ya allah terima kasih atas segalanya..berilah aku hidayahMu....agar aku bahagia meniti kehidupan ini....

Sunday, August 14, 2011

PINJAMKAN AKU

Assalamulaikum....
bagaimana setelah beberapa hari berpuasa...adakah anda tenang mengharugi puasa anda...pelik la aku tetibe jadi orang senang marah....taktau la harap aku dapat belajar kawal marah ini..dan sentiasa menghadapi hidup ini dengan penuh kesabaran...ya allah jauhi ak udari sifat tensen dan cepat nak naik hangin...seharusnya aku banyak mengingati tuhan...

ya allah tunjukan aku jalan yang lurus agar aku tenang dan tenang mengharungi hidup ini diatas jalanMU...ya allah aku terlalu lemah mengawal perasaan ini izinkan aku tetap besabar dengan apa juga dugaan yang akan datang..mudahkan urusanku...terimalah ibadahku ini...agar aku terus dan terus bersama-sama dengan orang-orang yang berjaya....

amin amin amin

Tuesday, August 9, 2011

SELAMAT BERPOSE

Assalamualaikum...
selamat berpuasa buat semua yang telah dipilih oleh allah sebagai tetamu ramadhan...panjatkan rasa syukur ini agar kita sentiasa sedar bahawa kita diantara orang2 yang beruntung dalam perjalanan ini...tidak pernah ada rase takot bimbang risau tentang apa yang akan berlaku dalam kehidupan ini....kita perlu meletakan kepercayaan penuh pada allah kerana dia telah mengatur hidup kita supaya kita menjadi lebih baik untuk hari-hari mendatang....

puasa ini satu anugerah yang tak ternilai yang mana semua amalan digandakan...rugi dan rugi seandainya kita tidak merebut peluang itu agar kita bersama-sama orang yang beruntung agar kita tenang apabila berlalu ramadhan yang amat kita rindui ini....sekarang kita harus belajar dan belajar agar kita tahu bahawa yang sebenarnya kita ini manusia yang dipilih...tersenyum bahagia kita kalo kita dlam list masuk syurga kan...tentu tak sabar-sabarkan....

hari berganti hari ...penyesalan demi penyesalan...lalu doa menjadi tautan...kita menjadi fakir dalam ruang lingkup hidup kita...kefakiran kerana diri kita sendiri yang tak penah bersyukur dan menghargai setiap sesuatu yang pernah allah anugerahkan...lalu tiba masanya kita belajar dari apa yang telah terjadi...tidak perlu menghukum diri..cukuplah sekadar sedar bahawa kesilapan ini jangan pernah berulang...doa agar allah setiasa membimbing kita kejalan yang di redhoi...

ya allah bimbing aku menjadi hamba...agar aku tidak lupa aku ini hamba...mudahkan segala urusanku...agar menjadikan aku orang yang tenang dalam perjalanan ini....ya allah ingatkan aku tentang erti bersyukur...agar syukur itu sentiasa merajai hati ini...jangan biarkan kebimbangan itu terus dan terus menjadi duri..akhirnya aku menjadi orang yang selalu memilih jalan mudah untuk mencapai sesuatu....jadikah aku orang yang redho...agar sentiasa senyum walau dimana saja tanda aku ini bahagia setiap kali di uji dan terus diuji...amin amin amin