Tuesday, August 9, 2011

SELAMAT BERPOSE

Assalamualaikum...
selamat berpuasa buat semua yang telah dipilih oleh allah sebagai tetamu ramadhan...panjatkan rasa syukur ini agar kita sentiasa sedar bahawa kita diantara orang2 yang beruntung dalam perjalanan ini...tidak pernah ada rase takot bimbang risau tentang apa yang akan berlaku dalam kehidupan ini....kita perlu meletakan kepercayaan penuh pada allah kerana dia telah mengatur hidup kita supaya kita menjadi lebih baik untuk hari-hari mendatang....

puasa ini satu anugerah yang tak ternilai yang mana semua amalan digandakan...rugi dan rugi seandainya kita tidak merebut peluang itu agar kita bersama-sama orang yang beruntung agar kita tenang apabila berlalu ramadhan yang amat kita rindui ini....sekarang kita harus belajar dan belajar agar kita tahu bahawa yang sebenarnya kita ini manusia yang dipilih...tersenyum bahagia kita kalo kita dlam list masuk syurga kan...tentu tak sabar-sabarkan....

hari berganti hari ...penyesalan demi penyesalan...lalu doa menjadi tautan...kita menjadi fakir dalam ruang lingkup hidup kita...kefakiran kerana diri kita sendiri yang tak penah bersyukur dan menghargai setiap sesuatu yang pernah allah anugerahkan...lalu tiba masanya kita belajar dari apa yang telah terjadi...tidak perlu menghukum diri..cukuplah sekadar sedar bahawa kesilapan ini jangan pernah berulang...doa agar allah setiasa membimbing kita kejalan yang di redhoi...

ya allah bimbing aku menjadi hamba...agar aku tidak lupa aku ini hamba...mudahkan segala urusanku...agar menjadikan aku orang yang tenang dalam perjalanan ini....ya allah ingatkan aku tentang erti bersyukur...agar syukur itu sentiasa merajai hati ini...jangan biarkan kebimbangan itu terus dan terus menjadi duri..akhirnya aku menjadi orang yang selalu memilih jalan mudah untuk mencapai sesuatu....jadikah aku orang yang redho...agar sentiasa senyum walau dimana saja tanda aku ini bahagia setiap kali di uji dan terus diuji...amin amin amin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.