Friday, December 2, 2011

ZALIM KAH KITA.............

Assalamualaikum...
kadang2 kita mengharapkan kita mampu merubah segala...tapi kadang2 takdir itu merubah kita dari yang buruk satu ketika dulu menjadikan kita belajar dan terus belajar untuk menjadi lebih baik...kadang2 kita dok mengeloh denga dosa2 yang pernah perbuat..kita sibuk membaca kezaliman pemerintah keatas rakyat...itu tak betul dan ini tak betul...ia menyebabkan kita resah dan gelisah..owh bagaimana dengan kita............

adakah kita zalim dengan diri kita????????????????
adakah kita zalim dengan mak bapak kita?????????????????
adakah kita zalim dengan adik beradik kita???????????

persoalan2 diatas buat kita sendiri terangsang nak menjawap secara peribadi........

adakah kita zalim dengan diri kita????????????????
balik tgk muka kita kat cermin...adakah kita berkerja bermati-matian @ belajar bermati-matian itu diri kita rase selesa tenang dengan apa yang kita buat...atau kita buat kerana kita ikot nafsu pasal kita nak kan sesuatu....kita kerja penat letih pasal kita nak beli kereta....so macam orang gila kerja...dan pada akhirnya adakah apa yang kita dapat itu buat kita benar2 tenang...atau kita akhirnya gelisah kerana yang sebenarnya pada waktu itu kehendah kita sudah bertukar............
owh tersiksanya diri.......................

adakah kita zalim dengan mak bapak kita????????????????
kita sebenarnya tak pernah tahu apa yang mak bapak kita nak dari kita...pasal kita tak pernah tanya kan..termasuk aku ...secara peribadi la aku pernah tanya mak aku...apa dia selalu doa ...dia berharap sangat anak dia jadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat...kadang2 rase bahagia juga bila kita tahu apa yang mak ayah kita doakan untuk kita...tapi kan kadang2 dah memang la kita nie ada yang jenis baik yang jenis macam aku nie ..duit pun tak bagi...kita belajarlah doakan dorang ye..kadang rase zalim kita tak mampu wat baik tapi percayalah kita mampu .........doakan lah allah ampunkan dosa mak bapak kita semasa nak besarkan kita....dorang banyak skip semayang pasal nak pastikan kita ini hidup senang....tak senang pun mencukupi untuk perbelanjaan seharian... betul tak...aku pun cuba gak..korang pun sama la ye....

adakah kita zalim dengan adik beradik kita????????????????
kadang2 kita nie adik beradik jenis apa pun tak tahu....dengan orang kita punya la baik dengan adik beradik kita nak belanja pun susah...aku belajar dari pengalaman setelah aku kehilangan adik aku....walaupun aku sempat hantar dia g spital dan jaga dia sewaktu dia sakit...aku rase aku ada benda yang aku rase betul2 kehilangan dia la....hanya allah yang tahu betapa aku menyesali semuanya...tapi mungkin keadaan berkehendak kita belajar dari kesilapan..so aku redha dengan apa yang terjadi...berbalik pada zalim ini...kita sendiri check la kadang2 kita tak boleh menilai dengan padangan kita...tapi bila kita tgk adik beradik orang lain tolak ansur kita kenapa aku tak macam nie ye...kenapa kepala hotak aku nie keras sangat?????????? tak leh terima kekurangan orang lain..............sendiri jawap lah.....

........................................................................................................................................................................

banyak lagi orang2 yang kita selalu zalimi....kadang2 penyesalan itu datang rasenya kita ingin kembali seperti dulu...kita mampu berbicara dengan mak bapak kita..yang jarang2 balik kampung balik la kampung...kadang2 kita ini macam orang bodoh pun ada....kita selalu nak orang mulakan dulu sesuatu benda....semoga allah lembutkan hati kita yang keras kematu nie kerana perangai tak penah berubah kita nie....kita dok merasa kita bagus ...kita elok...dalam tak sedar kita zalim kat diri kita....mak ayah kita...adik beradik kita...orang2 yang kita sayang dan orang2 yang sayang kat kita....sukar nak paham hati kita sendiri...apa yang kita nak bila kita mengira bahawa kita dah buat semuanya...

ya allah aku ini memang hamba yang banyak dosa...sempena penghulu kepada hari aku ingin sekali menadah tangan tanda kehambaan aku padamu...kadang2 apa yang aku dapat ini rasenya tidak aku syukuri...terasa longlai diri ini saat disingkap kesilapan2 aku dan juga kezaliman aku dalam perjalanan ini...terlalu dan terlalu lemah diri ini..bagaimana perjalanan yang masih jauh... banyak hikmah2 yang kita sentiasa belajar dan berlajar daripanya....bagaimana kita mampu merubah diri menjadi lagi baik diatas insiden2 yang telah berlaku.....saat kita jatuh kita rase sakit....tapi kita mampu bangun lagi...tapi kepada semua yang pernah aku zalimi izinkan aku memohon maaf ...tiada kata yang dapat aku ungkapkan selain kata maaf kerana aku ini orang berdosa....

semoga aku dapat mampu merubah diri aku kepada lebih baik untuk menebus segala kesilapan2 yang pernah aku lakukan...aku pasti lakukan seandainya ada benda yang boleh aku perbuat untuk menebus kesilapan2 aku...aku percaya allah sentiasa memberi peluang kepada hambanya yang ingin berubah...untuk korang jugakkk aku doakan semoga allah akan bagi kita hidayah tak hari ini esok lusa...harap allah tak biarkan kita jatuh dalam gaung kebinasaan sampai keakhirnya amin amin amin...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.