Wednesday, July 9, 2014

SHARING IS CARING...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah kalo allah dah menetapkan sesuatu rezeki pastikan anda sedia...mungkin kadang2 kita kusut memikir rezeki allah kita sebenarnya belum syukur dengan nikmat yang allah akan bagi pada kita...memang banyak lagi nikmat yang allah bagi kita tapi kita tak pernah mintak...tapi ia bagi jugak...

pagi2 lagi dah ada yang call aku ofer job...hahahha rasa betul2 nikmat hidup ini saat kita yakin allah akan datang bantuanye saat kita yakin allah dekat pada kita..memang sukar untuk kita ungkap setiap rezeki yang kita dapat...tapi bila kita fikir waktu kita rasa diri kita susah..kemana kita pergi selama ini..kita makin dekat dengan allah atau kita menjauhkan diri dengan allah...

just nak kongsi dengan korang semua...satu benda yang menarik untuk kita kongsi dan buat...

bila anda tensen dengan setiap persoalan hidup anda....tahan diri dari bercerita dengan orang diluar..tapi beri diri kita sendiri ruang untuk amik air solat...semayang solat hajat mintak petunjuk...lepas tue berdoa lepas tue bukak quran yang ada tafsir secara rawak...moga2 anda jumpa jawapan...

pasal semalam aku cuba buat benda itu...tapi hasilnya agak positive...aku baca2 tetibe aku nak tutup lupa nak marking tetiba bukak balik nampak ayat kat situ seperti doa aku..lastly ayat tue tulis

“Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.”

surah al maidah 114..

mungkin ia akan buat anda tenang dengan kehidupan anda...semoga bermanfaat untuk semua...takpe semua orang boleh cuba....pasal ramai kat luar sana penah cuba...semoga allah beri jalan keluar bagi setiap persoalan hidup kita....allah tahu apa juga persoalan hidup kita...semoga kita jadi orang yang bersabar dan berjaya...amin amin amin...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.