Assalamualaikum...
hari ini seperti hari2 berlalu..fikiran aku terus melayang memikirkan apa yang sepatutnya menjadi perkara penting dalam episode kehidupan aku...mengajak aku pergi lebih jauh lagi memikir tentang diri sendiri..jangan sibuk nak fikir orang...sama ada orang suka ke tak suka itu bukan lagi urusan aku...tapi yang terpenting kau telah buat yang terbaik...kadang2 penilaian orang berbeza dengan apa yang kita fikirkan...tapi akhirnya kita terfikir apakah kita dah terbaik di hadapan Dia sang pencipta...terkedu aku tanpa kata...walaupun aku gagal sebenarnya mengatur kehidupan ini seperti yang sepatutnya...
cerita tentang kehidupan...berkerja dengan orang2 hebat kita rasa kerdil gila rasanya..
dengan sedikit pengalaman...
dengan sedikit idea yang kaku...
dengan sedikit perangai sinis...
dengan sedikit kebodohan...
dengan sedikit ego...
mana kita nak letak sebenarnya kejayaan itu...kadang2 dalam dunia penuh cabaran ini kita gagal mengukur semuanya...kita hanya melihat sebuah kenyataan sapa yang kuat akan menang..kuat dari segi apa...
kuat kerja...
kuat mental...
kuat mendabik dada...
itukah sebenarnya hakikat hidup...gagal2 dalam hidup ini sekiranya terus hidup dalam keadaan gelisah begini...nak tunjuk apa sebenarnya..bangga ada banyak wang tapi pening dari mana datangnya...sendiri jawap pun gagal..macam mana nak jawap nanti...hebat kerjaya ini..apakah lagi hebat kalo kerja ini menghasilkan wang yang banyak...berjaya...adakah kau orang setuju dengan aku..sapalah yang yang berani angkat tangan...dimana kita ye...saat ini berada dalam dunia khayalan atau reality...
kita ingin sentiasa di perhatikan....di beri penghormatan...di beri layanan istimewa....kalo dah dapat semua lalu apa lagi yang kita mahukan...tapi menarik untuk kita pk bersama bila aku dengar sorang ustaz dia cakap...manusia nie ada level dia sampai satu tahap ke satu tahap...tapi bila check diri sendiri mmg betul itu hakikat...
memula kita sibuk cari duit banyak.............tapi yang duit tak banyak lagi pun dah pk step kedua......
berusaha nak jadi terkenal.....itu macam2 cara la kan paling sadis tak kire jalan halal ke haram...
dah duit banyak kita nak pengaruh@power......... kan kan kan
semoga allah lindungi dari kita...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.