Monday, November 17, 2014

TINDAKAN BODOH TANPA SEDAR

Assalamualaikum...

kadang kita buat sesuatu yang kita di luar jangka...kadang2 benda tu kita tak kisah..tapi kadang2 ada satu part tue benda itu menjadikan kita tensi...pesal la dia buat benda tue...takde keje ker...walaupun kita tahu niat sebenar orang tue nak bergurau dan sebagainya..mungkin mood kita tgh ting tong kita pun malas nak melayan dan menganggap benda itu membosankan dan bodoh dalam bahasa kasarnya...

ok hari ini aku nak cerita tentang perlakuan kita yang sebenarnya bodoh kalo tak kene tempat...dalam tempoh perjalanan hidup kita ini banyak benda yang kita buat kerana nak cari redho manusia...kita nak perhatian manusia...kita nak manusia menghormati kita sampai la satu tahap yang di anggap melampau...

tanpa kita sedar kita telah terjebak dengan perbuatan2 bodoh...hahah akhirnya kita tak dapat apa yang kita nak kita jadi tensen menyalahkan itu dan ini...apakah tindakan bodoh yang pernah kita perbuat untuk hidup kita...tak salah dalam kehidupan ini melakukan kesilapan...tapi kesilapan2 yang kita buat kalo akhirnya menjerumuskan kita kepada benda2 bodoh akan buat kita lebih hina dari hakikat sebenarnya...

so berhati2 bila kita nak buat sesuatu...kita belajar check niat asal perbuatan kita itu..kenapa kita buat itu dan ini..hahaha senang tak...cakap senang hakikatnya susah..banyak antara kita , termasuk aku sekali dah buat baru fikir...kita terpaksa bertarung dengan sebuah hakikat bahawa kita sangat lemah dan kaku bila kita menganggap remeh sesuatu perkara...takpe la kita belajar dari sesuatu yang paling kecil...nanti kita akan menjadi lebih hebat dan makin hebat...

dah sampai mana la aku nie membebel ye..sanggup tak korang dengar...banyak perkara kalo kita singkap nampak la siapa diri kita sebenar..kadang2 kita bercakap benar pun pada akhirnya kita menyesali perbuatan kita itu..padahal itu perbuatan baik ape...ahha tapi entah hape yang kita fikir menjadikan kita termasuk orang2 yang bingung dengan kehidupan dan tindakan bodoh kita...

cukup lah berehatlah...mungkin penat dah malam ini..harap kita semua menjadi lebih baik..jangan la bertindak2 bodoh...
1)mencari perhatian manusia
2)merasa diri hebat
3)ada niat tak baik

takpe la takde apa nak di listkan lagi..cukup la untuk aku membebel..kadang2 memang kita perlu tau hakikat kita ini lemah dan memerlukan orang lain dalam kehidupan kita ini...

Monday, October 20, 2014

KEMANA DIRI INI

Assalamualaikum...

hari ini seperti hari2 berlalu..fikiran aku terus melayang memikirkan apa yang sepatutnya menjadi perkara penting dalam episode kehidupan aku...mengajak aku pergi lebih jauh lagi memikir tentang diri sendiri..jangan sibuk nak fikir orang...sama ada orang suka ke tak suka itu bukan lagi urusan aku...tapi yang terpenting kau telah buat yang terbaik...kadang2 penilaian orang berbeza dengan apa yang kita fikirkan...tapi akhirnya kita terfikir apakah kita dah terbaik di hadapan Dia sang pencipta...terkedu aku tanpa kata...walaupun aku gagal sebenarnya mengatur kehidupan ini seperti yang sepatutnya...

cerita tentang kehidupan...berkerja dengan orang2 hebat kita rasa kerdil gila rasanya..

dengan sedikit pengalaman...
dengan sedikit idea yang kaku...
dengan sedikit perangai sinis...
dengan sedikit kebodohan...
dengan sedikit ego...

mana kita nak letak sebenarnya kejayaan itu...kadang2 dalam dunia penuh cabaran ini kita gagal mengukur semuanya...kita hanya melihat sebuah kenyataan sapa yang kuat akan menang..kuat dari segi apa...

kuat kerja...
kuat mental...
kuat mendabik dada...

itukah sebenarnya hakikat hidup...gagal2 dalam hidup ini sekiranya terus hidup dalam keadaan gelisah begini...nak tunjuk apa sebenarnya..bangga ada banyak wang tapi pening dari mana datangnya...sendiri jawap pun gagal..macam mana nak jawap nanti...hebat kerjaya ini..apakah lagi hebat kalo kerja ini menghasilkan wang yang banyak...berjaya...adakah kau orang setuju dengan aku..sapalah yang yang berani angkat tangan...dimana kita ye...saat ini berada dalam dunia khayalan atau reality...

kita ingin sentiasa di perhatikan....di beri penghormatan...di beri layanan istimewa....kalo dah dapat semua lalu apa lagi yang kita mahukan...tapi menarik untuk kita pk bersama bila aku dengar sorang ustaz dia cakap...manusia nie ada level dia sampai satu tahap ke satu tahap...tapi bila check diri sendiri mmg betul itu hakikat...

memula kita sibuk cari duit banyak.............tapi yang duit tak banyak lagi pun dah pk step kedua......
berusaha nak jadi terkenal.....itu macam2 cara la kan paling sadis tak kire jalan halal ke haram...
dah duit banyak kita nak pengaruh@power......... kan kan kan


semoga allah lindungi dari kita...

Tuesday, October 14, 2014

KUNCI KATA RESAH

Assalamualaikum...

kehidupan ini akan berhadapan dengan hari2 yang kita sendiri tak menyangka kita akan sampai satu tahap melihat diri kita begitu resah...resah itu buat kita sangat pening memikir hari esok yang tak tau kesudahan bagi semua itu..tapi bila dok pk kenapa kita resah sedang nikmat yang kita rasakan itu lebih banyak dari benda yang kita belum dapat...mungkin itulah jawapan yang tersirat..kurang rasa syukur...taubat pun kurang ( merujuk pada diri sendiri)

cerita tentang kehidupan akan berjalan jauh melihat dalam hati yang paling dalam yang tak penah kita amik kisah...macam mana hati2 kita sekarang nie ok sihat ker...tenang dengan apa yang kita lalui...

belajarlah untuk terima sebuah kekurangan dalam diri sendiri...kita tak mampu nak buat semua benda serentak..so take time untuk memahami keadaan semuanya...mungkin itu cara terbaik untuk kita rungkai kan semuanya...mungkin bila kita belajar sabar sekejap itu buat kita jadi lebih berjaya untuk kenal diri kita sebenar...belum telambat untuk berubah..so setiap perubahan itu bermula dengan langkah kanan..

sampai masa kita sendiri tau..bahawa kita hanya ingin untuk kenal diri sendiri...mungkin masa untuk muhasabah diri sendiri kan kan kan...tq allah hadirkan rasa resah saat aku ini jauh dariMu...moga aku bersama2 hamba yang mendapat hidayahMu..amin amin amin

Thursday, October 2, 2014

PAGI YANG DINGIN...

Assalamualaikum....

Dingin sungguh pagi ini...aku tak tau pagi ini jantung aku berdegup kencang...menggoncang hati aku yang biasa tenang di pagi hari..seperti lain je hari ini..keadaan seolah nak memberri tahu aku sesuatu...mungkin lom telambat untuk aku beri tahu pada diri aku sendiri tentang kekurangan diri ini..mungkin dosa aku banyak inilah cara tuhan menegur kesilapan aku...

pening lalat nampaknya tak cool aje..kerana banyak lagi dugaaan kat depan tue..sedar atau tidak ia adalah sebuah kenyataan yang perli ditelan...menghadapi sesuatu dengan hati yang tenang adalah lebih elok dari..membabi buta tanpa sebab...cool aja..jangan cepat menggelabah ye... apa pun cobaaan...

cobaan paling hebat adalah kematian...uhhhhhhhhhhhhhhhhhk kecut plak urat saraf aku bila pk tentang mati..dosa banyak lagi...waaa macam mana nak mati dengan tenang..dapatkah mati dengan tenang...ya allah menggeletar lak sekujur tubuh ini...macam mana nak bernafas...degupan ini tak lagi stabil...tak mampu untuk berdiri sendiri...

bantu aku untuk tenangkan diri aku sendiri...tettttt tak mampu nak tulis lagi...sambung nanti..

Wednesday, October 1, 2014

TENTANG TENANG

Assalamualaikum...

kehidupan ini selalu buat kita berfikir panjang akan kesudahan bagi sesuatu kisah yang kita akan lalui..mungkin kita cepat melatah..dengan apa yang terjadi..tapi bersyukurlah dengan apa yang terjadi mungkin banyak hikmah yang harus kita pelajari...mungkin itu cara terbaik untuk kita mengenali diri sendiri bila kita dalam keadaan yang tertekan...

cerita tentang kehidupan akan bercerita tentang bagaimana kita ketika tekanan itu datang menghimpit kita sampai kita tak bernafas langsung untuk melihat semuanya...tapi bersyukurlah dengan setiap apa yang datang itu akhirnya buat kita sedar kita tak kan matang kalo kita tka di beri persoalan2....

hidup ini penuh dengan rungutan yang kita sendiri tak sedar bahawa kita akan merungut sebegitu teruk ketika menghadapi soalan itu...hidup aku dah sampai macam nie aku seddar aku harus pilih ketenangan..dari pilih duit banyak tapi aku sendiri tak tenang dengan wangg itu...slow aje dalam kehidupan...akhirnya aku kusutkan hidup aku...kemana aku nak bawak diri aku lepas nie..

jiwa tak tenang...semua benda aku buat rasa salah..so nak macam mana lagi...so balik la pada titik awal..hmm hidup macam orang biase..kalo ada sedikit wang tapi aku boleh sujud...boleh doa...boleh macam biasa...itu mungkin lebih tenang pada akhirnya...ya allah hanya engkau yang tahu betapa bergelojak hati ini saat aku jauh dariMu...saat ini aku mengaku aku memang jahil tentang hidup ini...

YA ALLAH TEMUKAN AKU DENGAN KETENANGAN DALAM KEHIDUPAN INI...

Saturday, September 27, 2014

PILIHAN...

Assalamualaikum.....

hidup dan pilihan yang kita ada...ramai yang memilih begitu walau hakikatnya kita sering terluka dengan apa juga yang menjadi pilihan kita..kerana kita tak tau apa yang akan berlaku pada masa akan datang..so ke stay dengan beberapa perkara yang menjadi asas atau prinsip dalam kehidupan kita..tak perlu untuk berlagak seperti hero...jadilah seorang yang biasa aja walau akhirnya anda terpaksa di hina dengan keputusan anda yang kadang2 tak menyebelahi mana2 pihak...

so cerita tentang kehidupan ingin bercerita tentang sebuah kisah yang sangat panjang tapi telah di pendekan menjadi nota2 kaki yang boleh di baca dan di fikirkan kalo baik untuk diri anda...pasal penulis ini masih belajar untuk kenal diri sendiri dan belajar mengakui kekurangan diri sendiri... mungkin orang lain gagal menerima kekurangan anda tapi belajarlah untuk terima diri anda yang sekarang dengan hati terbuka...dan tersenyumlah....

menikmati sebuah kehidpan sebagai seorang aku tidak mudah... kerana aku percaya ia kerana aku sendiri takot untuk mengakui kekurangan aku sendiri di khalayak ramai...cuma diam dan melihat tindak tanduk manusia yang bermacam2 perangai dan kita dapat rasa itu lah sebahagian dari watak kehidupan ini...hidup yang ada ini menghendaki kita belajar tentang pilihan...kadang2 kita memilih untuk diam...kadang2 kita memilih untuk berkata tidak tanpa sebab...kadang2 kita memilih utk berterus terang ....

begitulah pilihan yang ado..tapi semua orang boleh pilih nak yang mana...hehehe tanpa perlu nak merungut..itulah yang harus kita sadari kehidupan ini memang mencabar dengan pelbagai pilihan depan mata...memilih pun kene tembak tak pilih pun kene tembak...haha sapa kuat dia menang...kuat itu adalah orang yang mampu kawal amarah dalam apa juga keadaan..

MENANGKAH SEBENARNYA????????????????????

Assalamualaikum....

apa kabar semua..lama dah tak tulis...satu sebab busy dengan kerja...dua penat bekerja...alhamdulillah dapat gak luang sedikit masa kat sini...terima kasih kerana sudi baca walaupun tak tau la dari mana korang datang..tapi just share tentang kehidupan kita ini...mungkin banyak benda yang kita lalui seharian buat kita sendiri terfikir adakah tindakan kita betul...hehehe

cerita tentang kehidupan nak bercerita la skit ye...kehadapan kawan yang suka membaca bagus la..kalo nak komen silakan la...heheh aku seronok jer dengan padangan korang...hehehe...walaupun tak pernah dikomen...seronok jugak bila allah uji kita dengan sedikit cubaan yang buat kita berfikir macam nak handle diri kita dalam satu situasi yang mungkin buat kita tersepit....

so hari ini aku nak kongsi ngan korang semua tentang antara hak dan jugak pertahankan diri sendiri...kita ada banyak pilihan untuk sebuah kehidupan ini buat kita berfikir berulang2 kali...kita kadang2 di pihak yang benar memang benar kita harus pertahankan diri dengan hujah2 yang hebat untuk letak diri kita sentiasa dalam situasi menang...macam gitu ke keadaan itu....

tapi hakikatnya kemenangan dari hasil mempertahankan diri kita bukan kemenangan yang tulus sebab

1) kita terbawa emosi dalam mempertahan diri
2) kita mungkin menyakiti orang yang kita serang tanpa sedar
3) kita mungkin mengaibkan dia
4) kita mungkin cakap benda yang tak patut...

mungkin itulah kemenangan bagi kita...kita lepaskan semuanya...hmmmm tapi aku hari ini nak mengajar diri aku tenang dan diam bila berlaku dalam keadaan itu..dan cuba mengaku aku juga manusia biasa ada kekurangan diri...pasal dalam kehidupan ini ternyata aku ini makhluk yang hina..rasa diri macam tak pernah buat salah bila buat semua itu...

melihat semua kejadian atas muka bumi nie buat aku sendiri...macam mana aku bila di uji begitu..mampukah aku mengawal keadaan itu..atau aku pun sama..semoga allah jaga aku..jaga akhlak aku...semoga kita semua tenang aja...kerana aku juga buat salah..dalam kehidupan ini kemenangan tak bawak apa2 bagi aku...yang paling best adalah kita tenang bila bangun tido...mampu tersenyummm...mampu jaga solat aku..moga allah berilah aku kekuatan untuk jaga solat aku...hehehe almaklumkan...

nasihat pada diri sendiri..jangan sedap kenekan orang...kerana pk kan jika keadaan sebaliknya..so kesian tgk bila orang yang tak mampu kerana terbayang when kita kene cam tue...macam2 perasaan yang keluar dari diri kita...terima kasih allah bagi aku lihat benda yang harus aku belajar dari setiap itu...

terima kasih kawan2...plsssss kesian...semoga kita jaga feeling orang allah jaga feeling kita...

Monday, September 15, 2014

AKU SEORANG PEMERHATI

Assalamualaikum...

pada hari nie aku memang di uji tebayang di mata aku..hati aku seakan menangisi semuanya..kadang2 kita tak mampu nak ubah sesuatu tapi cukup hati kita merasa.. sebab aku penah lalui benda yang sama..tapi aku perhatikan dengan penuh rasa syukur dengan nikmat yang telah di pinjamkan..memang aku akui aku celaru bila aku tgk sesuatu itu dengan penuh rasa kemanusiann...aku berfikir apa harus aku buat untuk seterusnya...

so aku start la cerita tentang kehidupan...bermula kisah aku sendiri berdiri di khalayak ramai memerhati gelagat manusia...yang mana aku sendiri pun sebagai pemegang watak utama dalak steksa itu pun berjalan dan memerhati manusia....takpelah..ia suatu perasaan yang agak hebat...kadang kehidupan ini buat kita sendiri harus belajar sesuatu...yang kita sendiri tak pasti haruskah kita jalani kehidupan ini dengan rasa yang penuh tanda tanya...

salahnya dimana...tapi allah menguji pasti dia tahu...hambanya akan bangkit dan berdoa padaNya...sesungguhnya yang diperlukan hamba adalah allah bukan makhluk..ok lah aku pun nak cerita apa yang aku lihat dan aku rasa...sebagai manusia yang naif lagi rasa begitu kerdil di hadapan manusia melihat diri sendiri dalam keadaan itu....

tadi aku makan dengan kawan2 aku..dok la satu meja...tgk kiri kanan..ramai orang makan kat situ...so tetibe terbayang saat aku waktu masa dulu...yang kekurangan duit tapi kawan2 ajak makan...allah hu akbar...hanya allah tahu perasaan itu...duduk diam di satu sudut meja..perasan itu bergaduh...maafkan aku memang aku tak punya duit but aku ada maruah...aku bernasib baik kawan2 aku ok semua..

tapi yang aku tgk tadi kesian jugak aku..perasaan itu bergaduh napa ia berlaku depan mata aku..aku rasa nak belanja aja budak tue makan..kesian oooo..minum air kosong..pada kawan2 sekalian kalo ada kawan2 yang nampak cam tue plss la belanja dia makan..aku touching gila siottt..sampai saat nie aku tak leh tidoo kenapa ia terjadi dpn mata aku..

tapi dalam kejadian nie aku respect kawan dia la sorang tue..suapkan dia mkn...hulu dia air yang sedap kat dia..tapi budak tue menolak..tapi jauh di sudut hati dia aku tahu...aku doakan dik ko berjaya dalam hidup ko...maafkan aku...kerana berjaya jadi pemerhati...lemau siottt..semoga allah hadirkan ketenangan di hati kau ye..semoga allah cukupkan segalanya untuk kau....

begitulah kisahnya..aku sebagai seorang pemerhati...

Sunday, August 31, 2014

DEBARAN BERTERUSAN

Assalamualaikum...

selamat malam hati ini..nape selalu bergetar macam nie...ya allah engkau tahu getaran ini...berdebar macam ada sesuatu...tapi aku belajar bertahan dengan segala rasa yang aku ada...mungkin itu yang terbaik buat aku..aku penah rasa macam nie..dan aku akan rasa macam ini kalo ada sesuatu yang akan berlaku..positive la bro..jangan la tensen..pasti ada jalan keluar..kan kan kan..

aku takde ungkap yang terindah selain subhanallah..sesungguhnya allah mengetahui setiap rangsangan yang berada dalam hati ini..mungkin ini yang terbaik untuk aku buat waktu ini...hehehe...dalam perjalanan sesingkat ini kita harus percaya dengan sesunggunya allah telah mengukur setiap perkara itu berlaku dengan kemampuan kita...saba sedikit anda akan bersama2 orang yang berjaya...

ya allah getaran ini buat aku rasa sedikit teruja dengan apa yang berlaku di sekeliling aku..mengingatkan aku tentang cerita2 yang sempat aku rakamkan...hahaha tapi biolah cite itu menjadi tulisan indah perjalanan hidup aku sendiri...hakikatnya aku memang suka untuk menulis dan merakam apa saja yang terjadi kat sekeliling aku...hahaha itulah pemilik nama aku...tentang aja bro..setiap hari itu indah jika anda nikmati segalanya..lagi indah kalo kau menikmati semuanya dengan jalan2 yang allah suka...

memang hati kau nie masih keras..sebab kau tue banyak dosa...so taubat la banyak2 bro..semoga kau aku nampak kesilapan2 diri kau... allah bagi pinjam masa itu...untuk kau belajar sesuatu..tapi mungkin ini masa terbaik muhasabah diri kau tue..hehe bagilah masa untuk kau baiki diri kau ye..enjoy bro hidup ini...anda sedang di uji...mungkin ini cara terbaik untuk mengapai syurga allah... kan kan kan...

senyum skit bro...nanti kau nampak jalan itu...kau juga nampak apa yang berlaku sebenarnya...carilah yang halal akhirnya kau akan tenang...aku doakan kau berjaya...skit punya hal la bro...

Sunday, August 24, 2014

DI TANGAN ANDA...

Assalamualaikum....

kisah hidup kita adalah unik..kerana setiap orang berbeza..walau kita boleh share bersama tapi cara jalan keluarnya pasti berbeza..tapi itulah yang terbaik menurut sang pencipta yang lebih mengetahui perjalanan hidup kita...hidup ini buat kita terus berfikir tentang jalan yang buat kita tenang akhirnya...memang kita tak salah untuk mengatakan kita pernah melakukan kesilapan itu dan ini..tapi kita harus cepat belajar..semoga allah temukan kita jalan keluarnya..pada akhirnya kita akan ketemukan ketenangan yang kita sendiri cari....

cerita tentang kehidupan nak berkongsilah....memang dalam kehidupan ini kita akan bertemu dengan bermacam2 manusia..yang kadang2 kita sendiri tak paham apa dia nak dlm perjalanan hidup dia...jawapan mudah kita ini ilmunya sedikit..kita cuba memahami manusia ikot kita punya deria ras...senang cakap apa yang kita suka...sedangkan sang pencipta berkehendak lain....seharusnya pembelajaran ini harus lebih kuat untuk mengharungi semuanya...

perjalanan sesingkat ini buat kita selalu muhasabah diri kita agar kita tak sesat begitu jauh..tapi kita harus merasa seronok dengan setiap apa juga yang datang mungkin benda itu tak kita suka pada hakikatnya...kita belajar untuk memahami...kerana setiap orang mempunyai pandangan berbeza pada diri kita...kadang2 kesian dalam kehidupan ini...ada dua situasi...

1) orang susah kerja mati-matian nak kaya tapi tak kaya-kaya....yang ada kehidupan yang takde life macam orang lain sebab 24 jam sibuk....
2) orang kaya dah memang kaya tapi tak dapat menikmati kekayaan dia.....

pilihan sentiasa ada di tangan kita...jangan takot melepaskan sesuatu yang kita tak mampu...aku baru saja lepaskan satu projek..yang kalo ikot planing wowwwwwwww...entah la tetibe aku jadi berat..so aku rasa better aku lepaskan..memang tetibe jadi persoalan pada semua..aku cuma harap dorang berjaya la...aku senanga cam nie...hehehe

apa pun kehidupan ini...kita buat semua bukan kerana kita pilih jalan mudah tapi kita seronok untuk semua itu...hope korang semua pun sama...semoga allah beri kekuatan untuk buat keputusan untuk diri sendiri..memang kadang2 sulit tapi buatlah keputusan agar orang tak sakit hati dengan ko...biarlah sebelum kalo selepas semua berlaku...ia akan jadi lagi worse...selamat berjaya semua semoga kita dalam bimbingan allah...amminnnnnnn

Thursday, August 21, 2014

HANYA PADAMU

Assalamualaikum...

biarkan hati ini tenang....seandainya ini jalan terbaik...aku siap berhadapan dengan apa juga yang Engkau takdirkan...setiap kali aku di uji memang beginilah rasanya...aku sendiri tidak pernah tahu apa yang akan berlaku..aku harap aku telah berserah dengan apa yang aku dapatkan...kerana sesungguhnya yang terbaik adalah menurut Engkau ya allah...bukan menurut aku...yang akhirnya membuat aku sendiri sadar batas sebagai seorang manusia...

hari ini cerita tentang kehidupan nak berkongsi tentang sesuatu...mungkin kehidupan ini akan buat kita selalu tercabar dengan apa datang...sama ada memilih yang allah suka atau kita suka...memang kita berada di persimpangan...kadang2 kita jadi pelik atas perkara yang berlaku selepas itu..kita rasa seperti jauh dari sebuah hakikat..sedangkan kita sedang dalam proses pembelajaran yang sangat panjang...semoga aja allah buat kita jadi tenang...

saat ini aku serahkan urusan rezeki ini padaMu..mungkin dah tiba masanya untuk aku muhasabah diri ini yang banyak dosa ini menyadari setiap hakikat bahawa ini adalah yang terbaik...untuk mencari yang halal kita akan selalu berjuang untuk sampai kesitu..agar kita selalu dekat dengan allah...seberapa banyak waktu kita untuk berbicara dengan allah...

ya allah jangan aku menyakiti hambaMu..dengan perkataan dan perbuatan...nape aku rasa aku nak g umrah tahun ini..moga allah saja buat aku sampai kesana...ya allah jangan sampai aku meminta2 pada manusia yang harus disadari memang lemah pada hakikanya...rezeki aku ini milikMU..terima kasih atas segalanya..semoga Engkau mengerakan aku kepada yang halal...semoga Engkau beri aku petunjuk kepada jalan kasih dan sayangMu...terima kasih ya allah izinkan aku disini lagi memintak hanya padaMU..

Sunday, August 17, 2014

PELAJARAN BARU

Assalamualaikum....

kehidupan ini membuat kita selalu bergoncang dengan perkara yang berlawanan dengan kehendak dan naluri kita sebagai manusia..kita berkehendak bermacam2...kadang2 sukar digapai otak dengan kemampuan kita yang terbatas..tapi tidak lah teruk kalo kita punya impian besar dalam kehidupan ini..memang sukar menghadapi perangai manusia yang bermacam2 jenis kat luar sana..kadang2 kita malas nak melayan di kata pentingkan diri sendiri so kat mana kita nak letak diri kita sekarang...

so cerita tentang kehidupan akan bercerita pasal mcam mana nak menghadapi kerenah manusia...sabar dan sabar aja dalam menghadapi hidup ini..mungkin itu jalan terbaik yang kita ada sekarang kot...pasal orang kata lebih baik diam dari berkata2 tentang sesuatu hal yang kita tak arif tentang hal tersebut...akhirnya kita akan tenang....

kadang2 dalam kepala hotak kita akan rasa macam nak meletop aje dengan perangai orang kat sekeliling tapi tak tau nak wat cam mana...tapi syukur aja apa yang allah dah bagi itu...bertahan selagi mana mampu bertahan...bukan tak tahan dengan tekanan tapi tak suke cara manusia handle perkara2 kecik yang bagi kita senang untuk di selesaikan...nak di cakap tapi susah takot kangg dia makin serabut tgk kita...

seronok kan kehidupan kita dengan berlaku jujur dengan apa adanya kita...tak perlu nak serabut dengan kata dan caci maki orang...memang kita banyak kekurangan tapi semoga kita menjadi lebih baik lagi..bersyukur la kerana kita terima ia sebagai kekurangan diri..tak perlu mendabik dada sangat ye...kadang2 kita jadikan bahan kerana kekurangan diri orang lain..itu lagi satu masalah kan...

so jangan cari kekurangan orang...tapi baikilah kekurangan diri sendiri...hehehehe

Tuesday, August 12, 2014

SEMOGA TERLAKSANA

Assalamualaikum...

bagaimana menatap diri sendiri bila kita ada persoalan...kita nak cepat ada jawapan kita mendesak kemana jawapan itu..takpe la perlahan aje...tapi aku pasti ada semua ...jadi kau harus sabar menanti hidup ini..tapi aku harap aku masih di beri kesempatan untuk terus memperbaiki diri......

takpe la aku ingin berkongsi dengan korang sedikit aku punya impian untuk tahun nie..aku harap sattle projek ini aku nak g umrah korang doakan aku ye...memang aku ini aku berharap akan terus mendapat petunjuk untuk keluar dari setiap persoalan ini..macam mana dengan aku..sampai aku sendiri bingung..

memamg iman kita turun dan naik..harap2 sangat kita akan berada bersama2 orang yang allah redho dalam perjalanan ini..kadang2 berfikir kita ada macam2 benda nak wat..takot jugak apa yang fikir itu sekadar kita berangan2...macam mana la yer...hati ini resah...sampai bila cam nie...

boleh tak kalo aku ingin berdoa depan kaabah allah..aku ingin yang halal perjalan ini...kerana aku bimbang yang haram menjadi darah daging ini.yang aku kumpul ini yang haram...yang pakai haram..sedang aku tak berdaya...semoga allah bantu untuk aku keluar...hmmm izinkan aku merasai dengan yang halal...

semoga engkau sudi memeluk aku dengan kasih dan sayangMu...semoga aku mendapat yang halal dalam perjalanan ini..semoga aku dapat bahagiakan mak dan ayah aku...dalam hidup aku yang tersisa ini..sesungguhnya allah mengerti....

Monday, August 4, 2014

PERJALANAN RAYA

Assalamualaikum...

allah hu akbar....raya tahun ini macam2 benda aku lalui..sebenarnya aku nak share banyak perkara dengan korang...but aku mulakan dengan perjalanan raya aku...apa pun selamat hari raya pada semua yang sudi membaca...semoga happy di hari raya... mungkin perjalanan raya kali agak slow tapi cool sangat tak tau kenapa aku rasa begitu...mungkin inilah perjalanan yang terbaik untuk kali ini...semoga aku dapat kutip hikmah dalam perjalanan ini...

cerita tentang kehidupan akan bercerita tentang benda yang berlaku di sekitar perjalanan raya aku kali ini...menarik kalo kita menghayati setiap detik itu...so aku balik kali ini naik bus..masih macam biasa mungkin itu jugalah yang allah nak aku belajar sesuatu...untuk aku merasa diri aku perlu bersyukur dengan apa juga kurniaan yang allah bagi..memang rasa berat untuk meninggalkan bulan ramadhan tue ada..entah tak tau kenapa...

perjalanan aku terus naik train...ramai orang nak balik kg..aku jugak nak balik kg...tapi ada yang menarik bila aku lihat sorang pak cik nie...dia naik train lepas tue duduk sebelah aku...dia pandai ooo nyanyi lagu hidustan..tetibe plak aku terfikir nape la dia dok sini nak hari2 raya nie..tapi dia ada bebual la ngan orang kat train itue...dia cakap nak g umah kawan dia...lantas aku diam teringat la ayah aku tue...terbayang2 la muka bapak aku...rasa kesian plak..macam persoalan kuar dari kepala aku nie..tapi aku rasa aku patut raya bersyukur aku punya ayah lagi...semoga la aku dapat ayah aku gembira di hari raya...

lepas tue babak lagi sadis aku jumpa...orang indon keje sini...memang kesian pun ada...keje kat sini...tapi lari dari majikan aku rasa...dia cakap majikan dia bukan islam...then terpaksa la masak babiiii dan sebagainya...so memang rasa worse gila la..so rasa bersyukur itu dengan kehidupan aku...dapat aku terbayang kat wajah dia tue...kesusahan yang dia alami..dia cakap tak nak datang lagi sini...mungkin itulah harga yang perlu dia bayar untuk rezeki yang dia nak dapat..bagaimana dengan aku dan korang kat luar semua... apa pun yang terjadi harap kita akan pilih yang halal la ye..insyaallah...heheh

semoga kita menghayati hari raya ini dengan penuh raya sebagai seorang manusia...hehe tapi sedih la ada beberapa perkara yang aku lom buat..selamat beraya semua..

Friday, July 25, 2014

BUSY

Assalamualaikum....

aku teringin ajak semua orang berfikir dan bersyukur dengan kehidupan yang anda miliki sekarang..sebab aku sendiri terpanggil untuk share tentang kehidupan aku yang sekarang yang membuat aku sendiri untuk muhasabah diri seketika..maaf kalo aku terbawa emosi nanti..mungkin kita sendiri tak perasan perubahan2 dalam diri kita yang mebuat orang kat sekeliling kita rasa jauh dari kita...

cerita tentang kehidupan nak kongsi cerita dengan semua tentang busy dalam kehidupan kita...kita jawap soalan pertama...mungkin kita berbeza tentang sebab musababnya..tapi tak mengapa just yang aku terfikir

kenapa busy.................

1)banyak kerja
2)pasal nak ubah kehidupan (nak cari duit banyak)
3)orang mengharap pada kita dalam urusan kerja...sebab kerja kita berkait dengan orang yang ramai...
4)dan sebagainya

apakah perubahan itu memberi impak positive atau negetive dalam kehidupan kita..memang kadang2 kehidupan ini membuat kita sangat terkesan dengan apa yang telah berlaku..so aku kat sini nak cerita pasal aku..memang keputusan untuk berubah kita sendiri yang buat atas sebab yang kita fikir munasabah...tapi perubahan itu merubah hidup kita atau merubah sama sekali padangan orang tentang kita..
aku mengakui bahawa sekarang aku memang sangat busy...siang g site..malam wat report pasat date line hanya 2 hari..kalo miss atau tak sedarkan diri akan memberi kesan...tapi dulu aku makan gaji so memang banyak waktu nak balik kg dan sebagainya...

so sekarang semua dah berubah..pasal aku memilih untuk berubah..so kehidupan aku pun berubah dan di tambah dengan busy seorang aku pasal kerja yang tak pernah abis...mampukah aku bertahan dengan kehidupan ini..pasal tadi adik aku telipon aku tego aku..pasal kebusyan aku nie cam buat aku sendiri takde live..untuk buat sesuatu yang aku biasa buat masa dulu...mungkin orang yang rapat dengan aku perasaan perubahan aku...aku tak down tapi aku cuma rindu kehidupan aku yang dulu...

busy sebab orang mengharap pada kita...ia sesuatu tekanan...tapi aku sentiasa positive dengan kerja aku...memang ia dugaan terberat dalam kehidupan aku...pasal aku tak boleh mengalah sekarang..pasal aku juga mengharap perubahan dalam kehidupan aku..cam mana perjalanan kehidupan kita ini akan sentiasa di beri teguran aku kita akan selalu di beri peluang untuk di perbaiki...terfikir macam2 dah sekarang nie... semoga allah bantu aku untuk keluar dari semua ini...

bila dalam keadaan ini ia membuat aku serabut sebabnya adalah...kesian mak ayah aku tue...biase aku tiap2 bulan balik..nie rasa dah 2 bln aku tak balik..rasa cam selfish plak aku nie...ya allah cam mana la kedudukan aku sekarang...mampu tak aku berada di sisi mak ayah aku saat genting..kekadang benda2 membuat aku stuk skit..tapi ia adalah sebagai sebuah reality perjalanan aku sekarang...nape plak jadi macam sesi luah perasaan plak nie..

takpe la ye...semoga akan ada jalan keluar...memang aku belum jadi yang terbaik tapi tue la..kehidupan ini harus di perlajari dengan penuh rasa rendah diri...kalo tak hancur hidup ini...semoga aku di beri kesempatan untuk perbaiki keadaan ini..moga aku tak jadi anak derhaka...semoga allah bantu aku utk jadi lebih baik...

Tuesday, July 22, 2014

ALLAH ITU DEKAT....

Assalamualaikum...

kepenatan berkerja akhirnya di nilai....kita meletakan diri kita harus di tempat yang benar...memang kadang2 kita berada di antara dua situasi itu indah...kita harus memilih yang mana...tapi kita akan menjadi tenang bila kita mula berbicara dengan allah secara jujur apa yang kita mahu...baru kita rasa sebenarnya allah maha dekat...dan sesungguhnya allah maha mendengar setiap keluhan hati kita...allah hu akbar...

cerita tentang kehidupan ini akan mengajak kita untuk berbicara secara jujur tentang persoalan hidup kita...memang kita semua banyak masalah..gila ke apa orang hidup tanpa masalah...

masalah duit...
masalah cinta...
masalah rindu...
masalah tempat kerja...
masalah nak kawin...

semua orang akan menghadapi situasi yang penuh dengan delima...kita berada di persimpangan untuk membuat keputusan yang betul untuk diri kita dan masa hadapan kita...kita harus memilih untuk move on atau move back...situasi semakin genting...jawapan harus di beri dengan cepat...tapi sekarang aku belajar untuk berentikan diri aku berfikir seketika...lalu aku mengajak allah berbicara...kalo sempat kita solat kita solat la ye..itu lagi baik...kalo tak sempat kita zikir sikit dan juga bersalawat keatas junjungan nabi kita dan mulakan bicara dalam hati...saat ini moment paling best dalam hidup kita untuk kita rasa allah itu benar2 dekat....

contohlah kan...kita serabut dengan kerja kita yang berlambak...nak kene hantar..orang sana bising...orang sini bising..kita dah rasa nak fade up dah...berhenti seketika..dan buat apa yang aku cakap kat atas...mengaku dengan penuh kejujuran...ya allah engkau maha mengetahui situasi aku kini...apa yang harus aku perbuat..tunjukan aku jalannya...nanti dalam diam allah akan menggerakan semuanya...memang kita harus terima hakikat cara allah mengajar kita...pada awalnya kita pun tak paham kenapa harus bergini dan begitu..semakin kita banyak timbulkan persoalan semakin kusut hidup ini...tapi bila kita ikot aja kata hati yang telah di bimbing allah akhirnya kita nampak jalan keluar...

kadang buat kita nak menangis bila kita dah nampak jalan kuar...ya allah terima kasih kerana hadir dalam hidupku..untuk memberi tahu aku bahawa..." berdoalah padaKu sesungguhnya Aku maha mendengar" sesungguhnya kita mampu jujur dengan allah...kerana allah mengetahui betapa jahilnya kita...menarik kan...tapi yang menarik adalah bila kita sadar bahawa pertolongan allah itu dekat...ia membuatkan kita semakin ingin dekat dengan allah...

terima kasih kawan2...semoga kita bersama2 orang yang berjaya...apa yang menarik lagi ye..bersyukurlah dengan yang sendikit..kalo ia membuatkan tenang pada akhirnya...memang terkadang kita tak banyak pilihan tapi kita yang terpilih untuk melalui jalan2 itu.. so
jangan bimbang kalo kita dah keje kuat tapi hasil masih sama...
jangan bimbang kita dah buat sehabis baik untuk orang yang kita sayang tapi masih lom dapat...
jangan bimbang kalo kita dah jujur tapi orang yang tetap tidak mahu terima...

so kembalikan segala urusan kita kepada allah...beristigfarlah... mungkin allah sedang menguji kita...untuk naik darjat...tak mau ke...

terima kasih semoga allah beri kita semua petunjuk...semoga semua dapat lailatul qadar...amin...

Sunday, July 20, 2014

JANGAN BIARKAN AKU

Assalamualaikum.........

seindah ramadhan datang dengan pelbagai cerita indah...semua harus dipelajari dari pelbagai sudut..so hari ini aku dapat satu tajok menarik untuk kita semua berfikir...takpe kita sama2 baiki diri kita...bukan yang membaca tapi yang menulis ini pun ingin memperbaiki diri kita...semoga kita di kalangan orang yang berjaya...hehehe

so topik cerita tentang kehidupan ini akan berkisar tentang...JANGAN BIARKAN AKU....semua harus berfikir secara wajar untuk topik ini so kita sama2 kupas menurut apa yang aku terfikir untuk kongsi dengan korang semua...kadang memang terganggu dengan tajok ini..bila kita berfikir secara manusiawi...hhahaa

jangan biarkan aku ----------> sendiri
sendiri lagi ....kalo dengar lagu melayu sedih la kalo bunyinye cam tue kan...yang penting yang nak aku jelaskan kat sini adalah saat kita merasa sendiri tanpa ada allah dalam hidup kita...rasa macam bodoh tau walaupun hakikatnya kita banyak harta yang kita dapat kumpul dan kita dapat...tapi kesendirian itu tetap akan menjadi yang menggelisahkan hidup kita ini....tak perlu la nak bahas panjang2 semua leh paham kot

jangan biarkan aku ----------> jauh dari Mu
jauh dari allah itu perkara sangat tertekan rupanya...biarlah takder apa pun tapi kalo dekat dengan allah itu nikmat...kita mudah tersenyum dengan nikmat yang sedikit..biarpun banyak benda yang datang...kene caci...kene maki...takde wang....orang tak bayar hutang ..semua macam ada ubatnya....begitulah kita rasa saat kita dekat...kalo dah mula jauh..tue bahaya...mungkin mula kita tak perasaan tapi lama kita akan rasa macam benda itu hilang dan hilang baru kita sedar allah dah mula bagi hint untuk kita betulkan keadaan itu...tue la tanda kasih sayang allah...

jangan biarkan aku-----------> hidup tanpa kesadaran
rasa macam hidup ini aku yang punya tanpa kita sadari sebenarnya semuanya milik allah yang maha kuasa...memang kita tak perlu rasa memiliki...tapi bila tanpa kita sadari...kita hidup dibawah kesadaran...membuat hidup kita terus di buai oleh prasangka diri kita snediri...kita harus mengecapi semuanya dengan penuh nikmat...walaupun sedikit yang kita ada...itu lebih bagus dari kita sibuk merungut dengan segala yang di bawah kawalan kita....

bulan ramadhan akan berakhir....mungkin banyak lagi yang boleh di bincangkan di bwah tajok jangan biarkan aku...tapi cukup sampai sini sebab aku fikir semua dah matang untuk berfikir....tapi takpelah ini sebagai satu barisan ayat yang membolehkan kita berfikir secara waras sebagai manusia kita meletakan sesuatu asas dalam kehidupan kita...hehehehe kita takdelah sempurna..yang menyempurkan hidup kita bila kita ada allah dalam kehidupan kita...tapi samalah kita fikir..takot dan bimbang kalo2 lah kan dalam hidup kitai ni ada sesuatu yang terjadi...tanpa kita sadari bahawa kita sebenarnya jauh dari allah...kalo lah allah biarkan entah sejauh mana lagi yang kita akan ditinggalkan...kita sibuk dengan dunia kita...tapi takot jugak kalo akhirnya tewas...tapi takpe betulkan skit2...aku pun sama...mula2 memang sukar...kita akan mula tepu..tapi percayalah...allah itu dekat...so jangan biarkan...kita jauh dari allah...insyaallah...

NIKMAT

Assalamualaikum...

ya allah setelah separuh dari bulan puasa kita jalani baru kita tersedar bahawa ramadhan akan meninggalkan kita...keresahan itu akan mula berbicara saat kita semak check list kita dengan apa yang kita telah buat sepanjang ramadhan ini...apakah kita hanya menikmati ramadhan ibarat kita menikmati setiap juadah sahur dan menikmati juadah berbuka puasa...memang hidup ini kalo kita tanya kan soalan nikmat ini memang kita akan selalu rasa dimanakah kita sepatutnya berada...

hari ini cerita tentang kehidupan ini nak kongsi la cerita tentang nikmat...memang banyak nikmat yang nikmati dalam kehidupan ini... kita sepatutnya merasa syukur tapi tak tahulah kemanalah syukur itu berada dalam hati kita...yang penting banyak nikmat dalam hidup banyak nikmat yang telah diberi...allah hu akbar...tapi persoalan yang kita nak kita sama2 fikir adalah yang mana lagi nikmat ye..nikmat yang kita dapat bila kita mintak atau nikmat yang kita mintak tapi kita dapat....

memang kita rasa terkedu la bila kita berfikir tentang nikmat nie...so kita bermula dengan nikmat yang kita mintak dan kita dapat... memang benda ini akan menjadi satu benda yang buat kita berfikir panjang memang benda ini memerlukan proses...contoh lah kan kita doa kita nak dapat dah akhirnya kita dapatkan...apakah kita menikmati dengan penuh rasa syukur sebagai seorang manusia...itu kalo nampak tapi kalo tak nampak macam mana ye...contoh kita doa kita mintak allah bagi kita kesihatan....ia benda yang tak nampak tapi kita merasai nikmat itu...hehehe so berseronok2lah dengan kesihatan yang ada...yang mana kita boleh buat macam2...

so skang nie kita fikir plak nikmat yang kita tak mintak tapi kita dapat...memang kehidupan ini membaut kita kaku dengan ucapan segala puji bagi alla ....sesungguhnya nikmat itu tidak tehingga banyaknya sampailah kita sedar nikmat itu pergi...contoh perasaan cinta , sayang dan rindu...takde sapa pun oder perasaan itu tapi ia datang semula jadi...so berbahagialah kita dengan nikmat2 yang allah beri...selagi kita masih lagi bernyawa.........

selamat menjalani ibadah puasa yang sedang berbaki..semoga kita sentiasa tenang menghadapi apa juga dihadapan ini..semoga ada ketenangan..semoga dapat lalilatulqadar buat semua...semoga kita semua di beri petunjuk...semoga kita menjadi hamba yang bersyukur...




Friday, July 18, 2014

GILA

Assalamualaikum...

keadaan ini akan merubah manusia..bergantung kepada apa yang buat dia berubah...memang kadang2 keadaan itu memaksa bertindak secara luar biasa...kadang2 manusia sukar nak di ramal apa yang akan dia lakukan sewaktu sesuatu itu berlaku...tapi ia menjadi tauladan kepada sekalian yang lain seandai ia berlaku kepada dirinya....

duhai allah yang maha menatap segala kekurangan diri ini...aku masih lagi belajar untuk mendidik diri ini bertindak dengan penuh hikmah dalam setiap langkah perjalanan hidup aku tanpa membuat mana2 pihak terluka...walaupun aku tahu tindakan aku itu sukar di mengertikan...ia adalah kenyataan yang pahit untuk di terima oleh sesetengah orang..tapi hakikatnya itulah aku yang bernama manusia..kan kan kan

hari ini cerita tentang kehidupan nak bercerita tentang isu semasa yang menjadi orang terfikir kenapa manusia bertindak sebegitu bodoh dalam sesuatu keadaan...terkesan dengan keadaan yang penuh dengan tanda tanya...tapi kita akan belajar untuk mengerti sesuatu dari mana asal sesuatu tindakan itu..ia bergantung kepada tahap kita berfikir logik dalam keadaan tertentu...

dalam dunia ini ada perkataan gila....banyak benda yang pada adatnya mulia tapi bila di gabungkan dengan perkataan gila ia menjadi tak masuk akal dalam satu keadaan....

contoh....

cinta gila
lawa gila
sayang gila
cantik gila

dan sebagainya gila....baru aku perasaan semuanya berkait dengan perasaan dan di sukai oleh manusia...tapi hakikatnya kejadian yang berlaku itu menggambarkan ketidakwarasan manusia betindak bila sampai satu tahap..contoh cinta gila...manusia berbangga dengan cinta yang kita miliki...apa lagi cinta itu di balas..waaa kembang semuanya..sukar nak di gambarkan...sampailah satu tahap kita sukar untuk melepaskan cinta itu dari diri kita...betul ke tidak...tapi orang bercinta mesti rasa lah benda ini...tapi ia sesuatu yang menarik dari kurniaan allah yang maha kuasa...sampailah masuk bab gila...mana tak gila meletakan cinta manusia itu lebih tinggi dari cinta kepada allah...

memang sukar untuk terima keadaan itu...biasa la semua manusia akan bertemu keadaan ini sebagai satu ujian sebagai satu babak dalam kehidupan kita...sama ada kita tahan atau tidak ia adalah sebuah episode dalam kehidupan...yang menariknya bila sampai satu tahap gila itu manusia sanggup lakukan apa saja dalam kehidupan dia...tapi bila dia sadar hakikatnya...dia akan mengutip hikmah dari setiap yang terjadi..tapi memerlukan proses yang panjang untuk mengerti....memujuk diri...ia bergantung kepada kesadaran diri kita pada waktu itu...

bila keadaan sudah mula reda...kita pun dah mula belajar sesuatu...kita sudah menikmati hidup ini...jangan memaksakan sesuatu... kita akan lebih di sayang...seandainya kita menyayangi sesuatu itu kerana allah...apa2 pun kembali kepada allah...kita merasa damai saat kedamaian itu memeluk kita kerana adanya allah dalam kehidupan kita ini...walau kita tak ada duit banyak...muka pun tak berapa...gaya pun tak sangat...tapi yang membezakan kita dengan semua adalah...kita menikmati semuanya dengan rasa syukur... semoga proses2 ini menjadi alat pengukur untuk diri kita sendiri...

jangan biarkan kegilaan itu menjadi raja dalam diri kita...jadilah yang tenang saat apa pun...jika benar suka , sayang , rindu...beritahu pemilik segalanya...Dia maha mengetahui setiap yang terdetik di hati ini..sampai satu ketika untuk kita belajar untuk tenangkan diri kita...jangan bertindak di luar kawalan...semoga kita dapat hidayah meniti perjalanan ini...moga saja hidup kita lebih bermakna....

Sunday, July 13, 2014

YANG BERBAKI

Assalamualaikum....

selamat petang buat semua yang suka nak membaca...ingat nak sambung cerita semalam tapi rasa macam terbawa emosional... takot nanti tak jadi orang yang normal..so back normal..setelah penat kerja yang bertimbun2..alhamdulillah itu semua rezeki datang dari allah so bersyukurlah...seronok untuk berkongsi dengan cerita2 tentang kehidupan ini yang telah membuat kita selalu berfikir kehadapan... mungkin kita melalui cerita yang berbeza tapi boleh kita kongsi dan mengambil iktibar dalam kehidupan ini...

just hari ini cerita tentang kehidupan nak cerita yang kadang kita sendiri pening dengan orang kat sekeliling kita...memang kita nie rasa terduga dengan bermacam2 dugaan yang datang...kadang2 sampai kita berkerut dahi memikir semuanya...tapi cukuplah allah tuhan kita...bingung jugak kalo kita fikir manusia ini selalu mengharap pada makhluk...sentiasa meletakan manusia biasa yang jugak buat salah sebagai ikon...nape la tak terbebas dari itu..simbul ketenangan adalah kita bebas untuk setiap langkah kita.. semoga allah bebaskan langkah kita yang selalu sumbang ini...semoga ada petunjuk...harap allah bagi peluang bekerja dengan orang allah benar2 redho...

kehidupan ini kadang2 kita berfikir kita memang jahil dengan setiap langkah kita...yang buat kita tenang bila melihat kita berada di pihak yang benar dalam setiap gerak dan langkah kita....kita selalu di bawak emosi kita dalam perancangan kita , tindakan kita dan macam2 lagi...mungkin kita bukan orang yang hebat tapi bila kita sendiri berada dalam keadaan yang kita rasa sangat selesa dengan apa yang kita buat untuk diri kita..

mulai sekarang ini kita cari rezeki yang halal dan berdaganglah dengan dangan dagangan yang baik...semoga kita semua keluar dari semua persoalan kehidupan kita yang selalu di belenggu oleh persoalan yang tak pernah abis...allah humma amin..ya allah semoga engkau tunjuk aku jalan yang benar..jangan benarkan hati ini terus mencari pujian manusia....kekayaan yang buat aku lupa padaMu ya allah...

ya allah mudahkan segalanya...jangan biar hati ini di belenggu oleh dosa2 aku...aku menyadari dosa aku dah banyak..mugkin kerana dosa aku menyebabkan aku selalu melakukan yang sama...yang menyebabkan aku letih dengan dosa..ampuni aku kalo merasa diri ini mulia..sedangkan aku banyak dosa...semoga engkau memeluk aku dengan penuh kekasih sayangMu...yang membuat aku di pandu kejalan yang engkau redhoi menuju hari-hari yang berbaki...allah hu akbar....

Saturday, July 12, 2014

CEMBURU SEORANG MANUSIA

Assalamualaikum....

kehidupan ini memang menarik untuk kita pelusuri kerana ada macam2 cerita yang buat kita berfikir panjang tenang kehidupan kita.. adakah kita mampu untuk mengawal semuanya dari terjadi...kadang2 memang datang dugaan yang kita sendiri tak pernah menduga tapi itulah yang terjadi...sesungguhnya allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita...hehehe

cuma cerita tentang kehidupan nak bercerita pasal cerita semalam kat radio...memang kepala hotak kita telah di set dengan macam2 benda..tapi just nak kongsi kat korang la kan untuk berfikir je..jangan korang terjebak dengan padangan aku...hahaha pasal aku nie orang yang cemburu...hahahaha terpulang pada diri masing2....

ceritanya macam nie...seorang wanita telifon kat radio so dia ceritalah masalah dia...so mulalah dia bercerita menarik untuk di kongsi...dia cerita pasal masalah keluarga dia..masalah suami isteri....dia cakap dia dah kawin 10 tahun plus2....so satu hari suami dia lepak2 dia pun bukak henset isteri dia..so bukak2 tebukak email...sekali terbaca la email yang membuat laki dia terkesima...bila ada la ayat2 panggilan sweet...baby...dan bla bla bla...so suami nie pun cemburu dah naik kepala...so hubungan mereka pun dah renggang skang nie...sampai isteri dia tak tau nak buat apa...

isteri dia cakap orang2 tue kawan2 dia...dan tak ada apa pun yang special antara mereka....isteri tersebut pun memang mengaku kadang2 bila dah terlampau rapat panggilan itu jadi lebih mesra..so kadang panggilan yang mesra tapi nothing special la....bagi dia la...bagi yang mendengar dan membaca ia satu yang lain...mungkin boleh wat heart attach...hahaha betul kan...takde apa nak cakap...cuma nak bagi reaksi spontan je...

aku....
hahaha masa dalam kereta itu semua lelaki yang mendengar pasal dalam perjalanan nak g site...so aku memang la cakap derect je sapa2 pun yang benda tue terjadi dia akan rasa cemburu gila....hahaha memang darah naik sampai kepala kot..mungkin darah tinggi...

kawan aku
hhahahaa...kawan aku dorang merungut tak apa2 entah...haha tapi dapat gak rasa aura lelaki sebenar...hahaha tapi ada gak member aku yang diam...mungkin dia membayangkan jika benda tue berlaku pada dia...hahahah maybe la...

kesimpulan mudah kot...sukar kot lelaki atau perempuan nak terima dengan mudah kot alasan yang di beri dalam masa singkat...nie lagi dah kawin bepuluh tahun dan beranak pinak lagi...ishhhhhh dugaan betul bila dengar..yang betul2 menghadapinya tak tau la...so pada semua la jagalah hubungan tue...mungkin kita rasa ok tapi bagi orang lain tak ok...kita rasa panggil bini orang sayang, baby, sweet just nak bergurau tapi hakikatnya...benda itu jauh lebih merbahaya...so bagi isteri , tunang orang , awek orang dan juga suami orang juga pakwe orang....jangan la bagi ruang sangat... mungkin benda yang sudah jadi kebiasaan ini akan merosakkan hubungan anda dan keluarga....hahahaha aku plak rasa bengkak...

AKU NAK CAKAP BANYAK TAPI AKU NAK KUAR ADA KEJE SKIT...SELAMAT MEMBACA...

Wednesday, July 9, 2014

SHARING IS CARING...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah kalo allah dah menetapkan sesuatu rezeki pastikan anda sedia...mungkin kadang2 kita kusut memikir rezeki allah kita sebenarnya belum syukur dengan nikmat yang allah akan bagi pada kita...memang banyak lagi nikmat yang allah bagi kita tapi kita tak pernah mintak...tapi ia bagi jugak...

pagi2 lagi dah ada yang call aku ofer job...hahahha rasa betul2 nikmat hidup ini saat kita yakin allah akan datang bantuanye saat kita yakin allah dekat pada kita..memang sukar untuk kita ungkap setiap rezeki yang kita dapat...tapi bila kita fikir waktu kita rasa diri kita susah..kemana kita pergi selama ini..kita makin dekat dengan allah atau kita menjauhkan diri dengan allah...

just nak kongsi dengan korang semua...satu benda yang menarik untuk kita kongsi dan buat...

bila anda tensen dengan setiap persoalan hidup anda....tahan diri dari bercerita dengan orang diluar..tapi beri diri kita sendiri ruang untuk amik air solat...semayang solat hajat mintak petunjuk...lepas tue berdoa lepas tue bukak quran yang ada tafsir secara rawak...moga2 anda jumpa jawapan...

pasal semalam aku cuba buat benda itu...tapi hasilnya agak positive...aku baca2 tetibe aku nak tutup lupa nak marking tetiba bukak balik nampak ayat kat situ seperti doa aku..lastly ayat tue tulis

“Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki.”

surah al maidah 114..

mungkin ia akan buat anda tenang dengan kehidupan anda...semoga bermanfaat untuk semua...takpe semua orang boleh cuba....pasal ramai kat luar sana penah cuba...semoga allah beri jalan keluar bagi setiap persoalan hidup kita....allah tahu apa juga persoalan hidup kita...semoga kita jadi orang yang bersabar dan berjaya...amin amin amin...

Sunday, July 6, 2014

IKHLAS

Assalamualaikum...

hari ini puasa keberapa...rasa macam kosong pun ada..rasa risau pun ada tgk keadaan diri ini yang takde apa2..yang ada hanyalah sebuah kata2 yang hanya boleh di cakap syukur kerana nikmat yang tak pernah putus sampai hari ini...memang terfikir gak kepala otak aku ini..kalo lah aib aku di bukak satu persatu korang rasa ada tak nak kawan ngan aku...mungkin aku menjadi orang yang sangat hina di sebalik toping aku sendiri...macam mana la nak buang toping kat muka sendiri...

satu persoalan yang elok kita sama2 tanya pada diri kita...

apa yang kita dah wat dengan kehidupan kita...apakah sampai saat ini kita berpuas hati dengan setiap tindakan kita..itu persoalan jujur yang kita kene jawap sendiri..kadang2 kegilaan aku sampai memikir sampai saat ini...kadang rasa tak guna pk benda dah lepas tapi kene gak pk sebab sebahagian kehidupan ini telah aku jalani...memang zalim la kalo kita buat bodoh aje kan...benda ini akan buat kepala hotak kita jadi stuk...sampai saat ini kalo di cheking balik...boleh tak kita listkan benda yang kita buat betul2 kita ikhlas...sebenarnya tak berani nak cakap...ataupun kita menganggap ikhlas satu persoalan yang lain...

takpe la aku pun nampak aku makin serabut..pasal rasa tak elok kita cerita pasal perubahan tapi kita sendiri tak berubah...hahah nanti banyak persoalan plak..so balik tgk la diri masing2...semoga kita bertemu dengan namanya...muhasabah diri dalam kehidupan kita ini...semoga kita dapat ketenangan dalam setiap detik perjalanan kita...puas hati....

semoga kita tidur lena...walaupun kita di rundung masalah...semoga allah bagi kita kekuatan di setiap apa jugak yang datang...memang kadang2 kita tak kuat untuk di uji dengan kehidpan tapi kalo kita mampu bersabar sedikit mungkin kita jadi hamba yang paling best...semoga lahir dari kita anak2 yang soleh dan solehah...belum kawin tapi berbicara cam orang dah kawin...hahahah takpe ini doa juga moga allah bukak jalan2 halal untuk kita sampai ke situ...

Saturday, July 5, 2014

TULISAN DI WAKTU SENJA

Assalamualaikum....

nikmat bersyukur itu buat kita rasa tenang...hhaha tadi saja la dengar ceramah pasal kawin...hahahha benda2 ini buat kita semua terfikir macam-macam nak tgk manusia ini ada 4 benda yang kita kene perhatikan dalam sebuah kehidupan ini...kita jangan tgk orang lain tgk diri kita sendiri dulu...benda ini betul2 menduga aku dan siapa juga...hahaha tapi kehidupan ini kalo kita amik semua sebagai serius ia akan buat kita tertekan..tapi kalo kita berbalik pada langkah awal kita kita..bahawa sesungguh...setiap permasalahan itu bermula dengan kita serta kesilapan kita sendiri..hahha perasan itu kita...(hahaha aku sendiri)

tgk diri kita dalam 4 keadaan ini....

waktu kita marah

mungkin huduh kot kalo kita kenang bila kita marah...macam mana la time kita marah...bagaimana keadaan itu akan buat kita punya maruah berada di tempat yang kita sendiri bingung dengan apa yang kita perbuat...maaf lah marah nie memang perlu tapi jangan sampai tak terkawal...tapi aku kalo orang marah2 nie aku buat bodoh jer...memang la kita kadang2 dah mengaku kita punya mistake tapi dia jadikan ia bahan untuk dia puaskan hati dia..biarlah dia puaskan hati dia..kang cakap banyak makin nampak banyak kebodohan kita...tapi ia jelas la waktu kita marah nampak kita punya kesilapan dan jugak kebodohan yang asli....penilaian kita jadi tak betul... kita punya pkran senget....apa lagi nak mengingat benda2 baik...hahahha tapi lom terlambat untuk kita belajar...

kalo belum kawin macam aku takpe....dah kawin kesian tgk anak2 isteri..tgk perangai huduh suami yang kaki marah2 nie..leh cirit kot...takot plak yang tak terkawal bleh buat anak bini..trowma....bahasa baru tue..trouma....tgk perangai kita..moga kita terlindung dari perangai huduh itu...

waktu kita susah...

benda ini memang mencabar skit..semua orang tak kisah la apa status akan melalui detik ini...ia akan buat kita sukar untuk bernafas dengan betul melihat kesilapan dengan mudah...tapi ia bagi peluang untuk kita lihat diri kita sendiri secara manusiawi....cam mana nak jelaskan ye...bila kita susuah kita senang terima kritikan..tapi kalo jenis keras kepala macam aku kene tgk la nasihat tue... hahah nie cerita hakikat...tapi hakikatnya jangan jadikan waktu kita susah maruah kita untuk di pijak...tapi masa untuk memperbaiki diri itu lebih...hehehe best waktu ini kita lebih kenal diri kita dan orang kat sekeliling kita....

waktu kita sakit....

macam mana la waktu kita sakit... ini tak tau la macam mana ye...sakit ini penghapus dosa..cakap senang la sekali kene tak tau la nak meraung macam mana...mungkin kita jadi tak siuman...oleh kerana tak tahan dugaan...kene plak ada yang cakap bukan2.. ada yang nak kene terajang....hahahah dalam hati la...bila la dorang nak balik...hahaha tapi inilah hakikat yang perlu kita telan dalam sebuah kehidupan yang penuh dengan kenikmatan ini..hehehhe

waktu kita sedih...

waktu ini tak tau la ...sedih ini benda yang sentimental..kene hadapi dengan cara yang sentimental jugak..hahaha...tapi hakikatnya kehidupan ini akan selalu menduga kita dengan kekuatan mental kita...jangan sampai benda2 kecik mengganggu setiap keputusan yang kita yang kita nak buat...biasa la manusai bila dia sedih dia akan cepat buat keputusan yang tak tau la apa yang menjadi sandaran dia...tapi aku kalo sedih aku diam aje la..nak wat macam mana lagi...hehehe itu cara paling best dalam kehidupan ini....

kesimpulan....

apa pun episode dalam kehidupan ini kita perlu muhasabah diri kita...sebelum kita pergi jauh yang kita rasa diri kita hebat tapi hakikatnya tak pun...orang pandang kita hebat kerana berjaya melepasi setiap episode dalam kehidupan kita dengan berjaya..tapi sebaliknya dari sisi sang pencipta kita gagal...kita mengusutkan keadaan hidup kita...masa untuk diri sendiri memang perlu... supaya kita kenal diri kita..bukan orang yang kenalkan diri kita...kita mintak pendapat orang macam orang tue kenal diri kita dari diri kita...tue yang menjadi hidup kita pelik..baliklah pada sang pencipta yang memiliki kita yang lebih kenal kita...yang tahu apa yang kita perlu..takpe semua memerlukan proses..aku jugak macam tue...mungkin kita telampau mengejar kemuliaan dari manusia...ingin di puji dan dihargai...akhirnya kita mati dengan pujian dan penghargaan manusia...







TURUN NAIK...

Assalamualaikum....

hari dalam kehidupan kita akan selalu berganti...kadang2 kita takot nak tego kesalahan orang sebab kita sendiri ada kekurangan tersebut..penah tak rasa macam nie...so apa jalan penyelesaianye...adakah kita harus teruskan niat kita untuk menegur atau kita buat bodoh aja...tapi kehidupan ini akan buat kita selalu dekat reality kehidupan kita dan semakin kita kenal diri kita...

bila setiap persoalan yang timbul kita balik semua ke muka kita sendiri akhirnya kita akan menyadari hal yang sebenarnya kita ini sangat daif saat kita melihat sesuatu itu jauh dari kebenaran yang kita suka..kita bukan superman bukan jugak badman...kita ini hanya seorang manusia biasa yang hari2 buat silap tak tau la dah terampun ke dosan kita dengan orang kat sekeliling kita....

semakin kita cuba menjerit semakin la kita sakit tekak untuk menahan reality sebenarnya...tapi amik masa sekejap aja...tarik nafas dan lepaskan pelahan2....hidup ini akan semakin bercelaru seandainya kita masuk campur permasalah orang lain dalam kehidupan kita yang sendiri kita paham realitynya...kita pulak pandai2 nak judge orang itu punya mistake....releks brother....

satu hari kita akan belajar merungkai semuanya....

semakin kita terdesak nak kan sesuatu semakin pelik tindakan kita...lebih teruk kalo kita ikot cara manusia...kita letak allah kat luar dari kehidupan kita..aku tulis nie pasal aku penah rasa aku buat macam tue...bila satu masalah tak setle dan kita tambah lagi satu masalah baru...tgk lah apa akan jadi dengan kehidupan kita nanti...

hidup ini kene ada button
- break...
- pause...
- stoppp...

masa bila kita nak guna butang2 nie semua ikot la ke sesuaian...kadang2 tindakan kita memang drastik...sampai orang gagal paham kita kenapa kita buat benda2 ini...kerana tindakan ini berlaku spontan mungkin kerana kesadaran..mungkin keadaan ini tak boleh di biarkan berterusan...mungkin jugak kita dah mula lain macam...tapi kadang2 dalam kehidupan ini aku pk pada masa akan datang..apa akan jadi pada next generation aku..tue yang aku buat benda2 gila dalam kehidupan aku...

persoalan yang paling simple adalah...anak aku nanti jenis macam mana????kenal tak dia dengan allah????kenal tak dia dengan nabi????kantoi aku kalo cite bab nie..mahu tak tido malam kalo pk hal ini...tgk langit...macam nak runtuh...maaf aku teremosi plak bila cite bab nie..pasal aku nie bleh kire hancur la...harapp allah ampunkan dosa aku...dan bagi kita semua hidayah untuk perbaiki diri kita sendiri...

aku berharap jugak la...kalo aku kawin aku mampu jadi suami yang baik utk isteri dan anak2 aku...aku harap aku mampu kenalkan dorang kat tuhan dorang...bukan ber"tuhan"kan dunia ini....takot plak bila baca tulisan2 orang2 alim dan cerdik pandai...makin aku susah nafas....aku mengajak diri aku dan kawan2 semua even kita lom lagi kawin pun...berdoalan kita agar allah bagi kita anak2 yang soleh dan solehah....

rasanya cam takde kekuatan je aku nie...cam esok the last day plak...tapi dosa banyak lagi...semoga allah mengampuni kita semua sempena bulan yang penuh keberkatan ini...takot gak jadi orang yang celaka...keluar bulan yang indah ini kita tak di ampunkan tuhan...astagfirullah...mungkin masa dah tiba aku tarik break emergency.....

TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS TEGURAN YANG PENUH KASIH SAYANG INI....SEMOGA AKU MENJADI HAMBA YANG BERSYUKUR...

Wednesday, July 2, 2014

DOSA DAM KEGELISAHAN.....

Assalamualaikum....

hari ni dah masuk berapa ramadhan ye..aku pun lupa..semoga allah terima ibadat aku yang tak seberapa ini...jika nak di bandingkan dengan dosa yang aku buat sama ada sedar dan tak sedar...ternyata ramai orang boleh puasa dalam erti kata menahan diri dari lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam mata hari...itu aku dapat rasakan kita semua mampu....

tapi untuk memilihara diri kita dari setiap dosa memang agak sukar..pelik nafsu nie...napa sukar untuk kita behenti berkata tentang orang lain...keburukan orang lain..padahal diri kita sendiri terpalit dengan dosa yang sama...kita gagal jaga diri kita dengan kesilapan2 itu...tapi betul la bila check balik2 kita akan menyadari...kita sebenarnya sibuk membicarakan kebusukan diri kita sendiri...tanpa kita sedar...

makin la kita sibuk cite hal orang kita tak tau ker kita banyak dosa yang sebenarnya lebih teruk dari itu..gelisah sepanjang malam memikir kesilapan diri sendiri...semakin kita di himpit dengan persoalan hidup ini kita pasti melihat lagi dalam tentang dosa2 kita..hakikatnya itulah kehidupan....tapi pandangan diri kita tetap terarah pada orang lain nape la kita tak sibuk mempersoalkan dosa kita sendiri....

mungkin puasa ini menyebabkan kita sadar akan hal2 ini....

akuilah segala kesilapan kita....kita akan rasa tenang...walaupun hakikatnya kita akan hilang semuanya...memang ketenangan itu datang...kita senang berbicara dari hati kita yang penuh dengan dosa...melihat sesuatu itu dari perpektif allah...kita suka kalo allah tak suka pun tak leh jugak...aku berharap agar jalan untuk mencari yang halal ini akan buat aku tenang pada akhirnya..walaupun skang nie macam2 yang datang.....

memang nak berubah itu akan ada cabaran yang kita sendiri kadang2 tak sedia..tapi aku percaya...bila niat dah betul ia akan perlahan2 akan terbuka...memang kadang2 serabut dengan apa yang kita nak...hati semakin gelisah..tapi tenang aja...bantuan allah pasti datang....berdoalah padaNya mintakalah padaNya...insya allah akan ada jalan keluar....

semoga aku di beri ilmu yakin itu...sebenarnya aku telah cuba satu hal....mmg benar bila kita sungguh2 datang pada allah akan ada jalan kuar...ari itue berlaku keajaiban....tapi biarlah ia membuat aku rasa..nikmat jadi umat nabi muhammad...aku akan terus mencatat setiap detik perjalanan ini...apa lagi kalo aku dapat sesuatu....nanti aku share ngan korang ye....

apapun hilangkan gelisah kita dengan mencari allah...semakin kita jauh dari allah...makin kita gelisah....saat kita dekat dengan allah pasti allah bagi apa saja yang kita mintak....insya allah...allah tahu apa yang terbuku kat hati kita...mungkin kita tak pernah cerita pada sesiapa namun Dia tahu apa yang kita nak....cuma kita nak bertahan atau kita akan bersama2 dengan orang yang berputus asa dengan rahmat allah...

Saturday, June 28, 2014

SELAMAT DATANG RAMADHAN....

Assalamualaikum....

dah sampai sudah bulan puasa lagi..menjelang esok maka start la bulan ramadhan...mungkin ada yang gembira ada juga yang tak terfikir apa lagi...tapi kita syukurlah kerana kita menjadi tetamu allah lagi menjalani lagi bulan ramadhan yang penuh dengan rahmat...semoga kita dapat menjalani puasa kita dengan sebaik mungkin...sudah pasti ada kesilapan di sana sini dan situ...yang pasti kita sendiri tak tau kita ada banyak kesilapan yang masih belum di maafkan...

kepada semua rakan2 yang kenal aku...dengan ini aku mintak maaflah sementara kedatangan bulan yang penuh barokah ini...memang sayu la bila berada dipersimpangan bila kita cuba dengar perkataan terindah dalam hati seorang ibu...pasal lepas isyak tadi aku sempat telephone mak aku...dia punya suara agak sedih gak aku tak balik...saja je menyakat mak aku..masak ape...hehehe tapi aku berharap semua berjalan dengan lancar..

walaupun banyak mak aku punya hajat yang masih belum lagi aku lunaskan....tapi hati aku terus berdoa agar aku akan dapat bawak menantu buat mak aku...hehehe naper tersengih siput tue..hahahah tue tanda dah menggatal nak kawin... ya allah engkau maha mengerti dan memahami aku..heheh memang kadang2 kita tak perlu ingin mengatakan yang tidak perlu..tapi cukup kita berdoa..sesungguhnya allah tahu kita sayang pada seseorang itu...jagakan dia untukku..hahaha jiwang sangat tak mak ngah..

ape pun selamat berpuasa semua..selalu macam nie lari tajuk...semoga allah membimbing kita kejalan yang allah redho dan suka... selamat baca quran..semoga kita semua dapat keampunan di bulan ramadhan ini...heheh allah hu akbar...

Saturday, June 21, 2014

MENCARI YANG HALAL

Assalamualaikum...

mencari yang halal itu satu yang berat rupanya...semakin kita mencari semakin kita di uji...tapi kita tak harus putus asa.. bersabarlah selagi kita mampu utk semua itu..kerana allah tahu sebatas mana kesabaran kita itu...mungkin ini ujian naik darjat.. memang ia menjadi satu garisan yang buat kita selalu merungut antara yang halal dan yang haram...namun di antara itu ada syurga yang kita cari... semakin kita cuba dekat untuk meraih kebaikan semakin kita di uji...

memang pasti akan datang ketenangan dalam jiwa walaupun hakikatnya kita tidak memiliki apa yang orang lain miliki..namun hakikatnya kita sudah memiliki sebahgian dari rasa itu...rasa yang membuat kita bahagia di sebalik apa yang datang... jangan dok kalot dengan padangan dunia tentang kita...

semakin kita buta dengan jujur melihat diri kita semakin kita kecewa...bangun tido melihat diri tak sempurna...merasa putus asa dengan setiap langkah yang kita buat...tapi hakikatnya dah ada allah dalam kehidupan kita ini..duhai allah..aku tunggu bantuanMu..untuk bawa aku keluar dari persoalan yang datang..semoga aku tenang di akhir cerita ini..semoga engkau selalu menghibur hati ini dengan janjiMu..yang membuat aku bahagia...walaupun manusia mengatakan aku orang gagal...

semoga datang bantuan dariMu..

Tuesday, June 17, 2014

DADA BERDEBAR...

Assalamualaikum....

pagi2 lagi hati aku nie berdegup laju...entah ada apa yang akan berlaku..aku tak tahu..apa yg ingin mengatakan setelah aku buat segalanya...aku ingin serahkan segala urusan ini kepada yang memiliki segalanya iaitu allah...memang itulah keputusan yang tepat bagi seorang yang bernama manusia...memang kesilapan akan berlaku di sana dan sini..tapi tiada yang dapat aku gambarkan cukup untuk merasakan getaran itu...allah engkau lebih mengetahui

saat hati ini bergetar pun engkau tahu akan itu..kegelisan ini bertambah...suhu badan naik mendadak...apakah tanda itu..tapi pastikan jangan ada perkara yang membuat engkau jauh dari allah..segalanya milik allah..tiada satu pun milikku...memang hidup ini akan berakhir saat nyawa tiba di tengorokan...takde lagi mercy....

ujian tetap akan jadi ujian..kenapa aku merasakan macam ini...apakah perkara ini akan terjadi sebenarnya..aku sendiri tak tahu...ya allah hanya engkau tempat aku bergantung harap...semoga engkau redakan hati ini dengan pelukan kasih sayangMu..aku ingin tenang meniti hari ini...

terima kasih ya allah kerana rasa ini..ia membuatkan aku sadar bahawa aku masih hidup...dan perasaan ini masih hidup...

Monday, June 16, 2014

JUARA KEHIDUPAN...


kadang2 dugaan itu datang tanpa kita hantar pesanan...tapi dugaan itu memang alamatnya pada kita so kita harus menjalani dia suka atau tidak..sapa yang sabar maka dia jadi orang yang berjaya dan sapa yang berputus asa maka jadilah kita orang yang gagal.. kehidupan ini memangi tulah alat pengukurnya..memang kita rasa dalam hidup kitai ni kita tka banyak pilihan...tapi apa yang telah ditakdirkan untuk kita adalah yang terbaik...mungkin kita tak sabar melihat hikmahnya sebab tue kita sering merungut dan merungut...

kita berhadapan dengan bermacam2 benda yang ada kat depan kita...kita diberi peluang melihat kegagalan diri sendiri , kegagalan orang kat sekeliling kita...kita harus belajar dari setiap benda ini untuk mengurus kehidupan kita..so kita menjejak hidup ini ke sendiri lepas ni...kalo kita bejaya kawal keadaan..terutama marah ia menjadikan kita akan selalu di hormati...penghormatan bukan soalan yang besar...tapi ia sebuah benda yang penting terutama bagi seorang lelaki...

memang cantik bila aku dok belajar kenal diri...melalui pendengaran dan pembacaan sedikit..memang la apa yang berlaku itu buat kita belajar..tapi belajar untuk jadi lebih baik dari sebelumnya...first step mengaku kekurangan dan belajar baiki keadaan...

dikatakan lelaki ini dalam kehidupan dia perlu di letakan di situasi di hormati dalam keadaan apa pun.....
perempuan ingin di sayangi setiap masa...sebab tue perempuan senang jatuh cinta dengan lelaki yang caring...

itu adalah perbezaan lelaki dengna perempuan tapi cukup untuk kita belajar memang ia saling memerlukan antara satu dangan yang lain...tapi hakikat ini harus di pelajari sedikit demi sedikit...tapi menarik untuk di bejar dan terus belajar..baca kisah nabi kita akan belajar banyak...antara yang menarik...

cam mana diri anda nak di sayangi kalo anda tak menyayangi....

sayang ini besar maknanya..so ikot situasi lah ye...mungkin kadang kita beri sedikit tapi benda yang kita beri itu buat dia rasa dihargai..kadang beri banyak tapi tak di hargai sebab apa yang kita beri itu sebenarnya bukan benda yang diperlukan...tapi hakikat dari segalanya adalah kita berbalik pada niat kita ye...akhirnya kita mengerti hidup ini untuk apa...

aku ini merujuk pada diri aku sendiri ye...asik salahkan orang lain je..so mulai skang nie...kalo ada apa2 check la diri sendiri dulu...apa pun kesedaran ini datang kerana kita belajar untuk kenal diri sendiri...maaflah kalo syok sendiri...tak semua orang suka..kalo tak mula skang bila lagi kan...it ok...

Saturday, June 14, 2014

KATAKANLAH KALO RINDU

Assalamualaikum...

terima kasih ya allah...aku rasa tenang sekarang..aku berharap aku berada di landasan yang betul..memang kehidupan ini membuat hidup kita selalu bertanya tentang hari esok yang belum pasti...kita sentiasa inginkan yang terbaik buat orang yang kita sayang...memang kita selalu berkata dengan penuh pengertian agar orang yang kita sayang mengerti tentang rasa, tentang perasaan serta apa juga yang selalu menjadi persoalan hidup ini...

akhirnya hidup ini kita perlu di mengertikan dengan perkataan yang jelas..tak perlu nak menjerit2 menyatakan tentang rasa yang terbuku dalam hati ini...

sebelum kita di uji dengan rindu...kita mesti mengerti apa yang buat kita rasa rindu...sudah tentu pemilik hati ini adalah allah yang mengurniakan perasaan yang indah ini..jangan tipu kalo rindu cakap la....jangan pernah tipu akhirnya anda menyesal sebab anda tak sempat nak luahkan rasa anda itu...

persoalan di terima atau di tolak itue cerita lain...semakin kita menyatakan sebaliknya semakin kita di buru oleh satu perasaan yang menghimpit kita...jalani hidup ini dengan perasaan ini kerana ia kurniaan terhebat dari sang pencipta kita..kita diam tanpa berkata namum rasa itu mengusik2...tersenyum sorang diri...sambil berdoa...ya allah engkau lebih mengerti aku...aku tidak boleh bohong tentang perasaan ini....

mungkin ini saat terbaik berdoa...ya allah ...alhamdulillah...kerana mengurniakan aku perasaan ini...

Thursday, June 12, 2014

REALITY...


assalamualaikum semua..

selamat nisfu syaaban...memang bulan ini sungguh mulia...pasa ini bulan nabi kita...pasal bulan nie nabi banyak puasa...itu cuma mukadimah untuk sebuah cerita untuk hari ini

hari ini cerita tentang kehidupan nak bercerita tentang reality kehidupan yang selalu buat kita resah...

1)kita sayang orang tapi orang tak balas
2)kita buat macam orang tak pandang pun
3)kita dah berdoa tapi nampak cam di tolak...

tue lah prasangka kita sebagai manusia...tapi memang kehidupan ini buat kita sering berlajar..kadang2 kita memaksa sesuatu tue agar ia selari dengan apa yang kita nak...akhirnya kita jadi tensen...tensen kerana kita gagal jumpa ketenangan dalam tue..so cool aja dalam kehidupan ini menuju satu distinasi yang kita nak...memang hakikat kita dah buat macam2 untuk sampai ke distinasi yang kita nak...tapi mungkin belum masanya..allah masih ingin menguji kita..so bersabarlah....

bagi hal yang aku nyatakan di atas sebenarnya ia masalah peribadi kita..bukan masalah orang tue nak terima kita atau nak menolak kita...sebenarnya kita buat semua tue sebab apa...kita beria-ria tarik perhatian dia...sampai satu saat dia rasa letih dengan permainan kita akhirnya dia pun berpaling dari kita..kita dok sorang kita rasa sakit hati...pasal apa korang tau tak...so bila aku dok sendiri baru aku sedar hakikatnya niat aku sendiri dah tak betul....kalo betul ko sayang sangat...nyatakan dalam bentuk yang jelas...aku sayang ko...aku nak kawin ngan ko dengan jalan halal....cukup...tapi kita nie suka drama...akhirnya skrip kita teruk dan cerita kita tak best...akhirnya kita di tolak...akhirnya kita sendiri derita...paling derita kita gagal jujur pada diri kita...

point no dua...kita penat la buat itu buat ini tapi orang tak pandang....ko nak salahkan siapa..salahkan diri sendiri la kan..sebab apa orang tak pandang..sebab buat tak ikhlas...kita nak perhatian orang...so lepas nie semua buat kerana allah....insyaallah kita dapat ketenangan dan yang paling best kita tak menderita pasal kita tensen kerana kegagalan kita..kerana kita berusaha untuk dapat redho allah...dah lama2 hidup baru sedor akhirnya kita cari redho allah...selama ini cari apa tak tau...

point ketiga...bukan doa di tolak pun...sebenarnya kita sedang di uji...mungkin kita belum sampai tahap yang melayakan kita untuk sampai tahap itu..so bersolat dan bersabar..mungkin sampai satu tahap kita gagal kawal diri kita..nak marah semua orang kat keliling kita...sebab kita nak dorang jadi macam yang kita nak...releks bro...ingat satu perkara...allah yang membolak balik hati manusia...tugas kita buat sehabis baik...dan serah pada allah dia tau apa yang terbaik untuk kita...

aku ada nak sambung tapi rasa esok adalah masa yang sesuai kalo ada kesempatan....setiap yang terbaik itu bukan menurut kita tapi adalah yang menurut allah ye...semoga kita sedar dan kita selalu meminta petunjuk dariNya kerana kekurangan diri kita...

Wednesday, June 11, 2014

MAK OH MAK..TERIMA KASIH...

Assalamualaikum...

alhamdulillah dapat gak aku sambut birthday mak aku dengan dia walaupun aku sibuk dan pening dengan semuanya...perasaan itu bercampur baur membuat aku jadi tak tau dari mana aku harus mulakan pembicaraan ini...memang hati mengatakan aku belum sempurna untuk semua itu...sedang aku meronta2 nak kan perkara itu..di sebalik benda yang berlaku kat keliling aku..ia menjadikan aku terpaksa kembali kepada fitrah diri aku..yang mungkin semua orang kenal...

abaikanlah cite pasal aku nie...tapi hari nie pagi2 buta nie aku di tergur oleh perasaan aku sendiri...tentang apa yang aku dah buat selama beberapa ketika ini...bukan tue la yang aku nak cerita...aku nak cerita pasal pesan mak aku tue...tetibe ia berulang2 kali kedengaran kat cuping telinga aku...

persoalan no 1...

kenapa mak aku cakap ulang2?????

soalan no 2

kenapa mak aku nak aku buat????

soalan no 3

kenapa aku berdebar bila ingat2 balik....

korang tak payah tahu apa benda yang mak aku cakap tue ye...tapi ada satu kejadian pelik la buat aku punya fikiran dan jiwa aku jadi sentap ni...ko tau tak...tetibe aku teringat mak aku cakap...sebelum aku balik ari tue..angah dah g kubur dah????? memang pun aku balik beberapa hari tapi setiap kali nak gerak g kubur hujan turun...so tak jadi pergi...kebetulan plak pagi aku nak balik tue kau sempat la g sekejap jenguk kubur arwah adik aku...allah hu akbar...

naper tetibe aku buat cite sedih nie...tapi memang mood tgh sedih nie...jiwa aku bergetar plak pagi2 ishhhhhhhhh...nape la aku pk bukan2 nie...ya allah bagi aku kesempatan bahagiakan mak ayah aku...aku anak yang derhaka...memang la nampak cam baik..tapi dosa aku banyak....pesanan mak aku tue...lebam tol aku nie...

plsss jangan ya allah...engkau mengerti aku ya allah...beri aku kesempatan itu ya allah...aku nak sambung cite tapi aku punya perasaan tak stabil tak nak tulis...lain kali je tulis...ya allah ampuni orang macam aku...beri kesempatan buat aku...kecut perut aku nie...



Monday, June 2, 2014

SPICE OF LIFE...

Assalamualaikum....

bermula ini kisah...memang aku dah lama tak tulis dalam blog aku nie..tapi password masih aku ingat...hahah tapi ok je la sebagai bahan untuk di kongsi...memang hidup ini ada pasang surut dia..kadang2 kita berharap akan ada orang kat sebelah kita berkongsi cerita dengan kita...mendengar cita tentang apa yang kita lalui...tapi bila dok sendiri yang pasti kita akan kembalikan semua pada allah yang maha berkuasa...

hakikat hati ini sentiasa di bolak balik oleh allah...macam mana kita boleh kata kita beriman sedang kita tidak di uji...so dengan ayat ini membuat kita jadi resah kerana dosa kita ini banyak...kita tak mampu nak kawal diri kita dalam setiap perkara..kita sentiasa berharap akan ada sinar...apa pun dalam hidup ini terus aja berdoa agar kita sentiasa di beri petunjuk...lemau jugak rasa bila nafas kita tak stabil oleh kerana emasi kita yang teruk...

kita selalu beranggap kita punya jalan kehidupan ini terlalu sulit...sampai kita mengeluh dan berharap kita jumpa jalan keluar... kita terlalu lemah dengan permainan dunia yang berkehendak lain..kita berkehendak lain...kita semakin bingung dengan pilihan yang kita ada...sampai kita sendiri selalu salahkan orang lain...kita gagal nak mengaku ini salah diri kita sendiri...

sampai saat ini aku juga termasuk dalam golongan itu...berfikir apakah tindakan aku ini betul...apa tindakan aku ini menyenangkan orang lain..apakah allah redho dengan aku akhirnya...semua persoalan ini bermain di bernak aku sampai aku sendiri tertanya..sudakah aku ini layak jadi pemimpin yang baik....mungkin jaawapanya tidak sebab itu allah tak bagi lagi tanggungjawap itu pada aku...

yakinlah dengan ayat-ayat akhir surah al baqarah...allah tidak membebani kita sekadar apa yang kita mampu...sesungguhnya allah maha mengetahui apa yang kita tak mengetahuiii

terima kasih allah...

Friday, May 30, 2014

TERIMALAH KEKURANGAN DIRI SENDIRI...JANGAN SYOK SENDIRI

Assalamualaikum

berkurun tak tulis kat sini..tapi nak menggambarkan aku skang makin busy dengan kerja2 yang aku..memang sukar untuk percaya perjalanan untuk menjadi seorang usahawan ini memang berliku..macam2 anda kene korbankan..tapi sedikit sabar mungkin akan merubah nasib anda...hari ini anda resah dengan kehenda diri anda sendiri yang macam2 sampai anda pening kepala dari mana harus aku mulakan semua ini...sampai sesak nafas...tapi nasib allah ingin bantu tunjuk jalan...akhirnya aku dapat keyword yang penting...

"SELAGI ANDA TAK MEMAKSA DIRI ANDA UNTUK MENGAKU KEKURANGAN DIRI ANDA SENDIRI , SAMPAI BILA PUN ANDA SUSAH NAK BERUBAH"

Sambil tersengih pahit campur dengan berdebar akhirnya anda sampai satu stage bawaha ketenangan akan datang kerana kejujuran anda... memang la nampak macam bodoh aje tindakan anda itu..macam serah diri untuk di tembak...tapi aku pasti ini tindakan yang terbaik..mungkin hari ini banyak kecaman yang anda terima..tapi aku percaya seandainya aku istiqamah dalam perjalanan ini akhirnya aku jumpa jugak kejayaan itu...

memang meresahkan tapi aku kene letak target pada diri aku sendiri...memang la lebam skang nie melihat kelibat diri sendiri dengan keadaan yang macam nie...kene kuat...setiap kali anda jatuh pasti ada pertolongan allah...setiap kali anda lihat kegagalan anda pasti anda lihat impak yang dari sudut yang lain...tak bermakna kalo kita undur setapak bermakna kita mengalah...tapi kita cuba baiki diri kita sendiri...

yang terbaik adalah kerana perjalanan ini membuat anda kelam kabut dengan setiap persoalan hidup anda...allah akan datangkan bantuan sedikit demi sedikit..nanti lama2 anda akan paham kenapa macam ni dan macam nie..ia bertindak seperti yang anda mintak..sama ada anda nak sabar atau anda akan terus jadi looser...kalo allah belum nak bagi maksudnya anda belum sedia untuk jadi benda yang anda minta..tapi kalo anda memaksa juga...kalo allah bagi...nanti akhirnya anda akan kecewa dengan diri anda sendri...

allah tahu apa yang terbaik untuk diri anda...hari ini esok lusa dan tulat kulat....semoga berbahagia menjadi diri sendiri..siap sedia menerima teguran..ia tidak menjadikan anda hina..tapi yang menjadikan anda hina anda gagal terima kenyataan kekurangan diri anda sendiri...ya allah terima kasih peringat diri ini yang hina ini....